Kebaikan Vitamin C untuk Kesihatan

Friday 20 December 2013

Kebaikan Vitamin C untuk Kesihatan

Bila sebut je pasal Vitamin C, mesti ada di antara kita yang terbayangkan buah oren kan? Tapi mungkin ada yang tak tahu bahawa vitamin c turut terdapat pada buah-buahan selain dari oren dan sayur-sayuran.

Antara buah-buahan dan sayuran yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi ialah cili padi, jambu batu, cili benggala, herba segar (parsley dan tyme), sayuran berdaun hijau, brokoli, kobis bunga, betik, buahan citrus dan strawberi. Boleh ke makan hari-hari buah dan sayuran kat bawah ni untuk dapatkan vitamin C. Hehe..Jom kita baca dulu sampai habis.


  
Apa perlunya Vitamin C ni untuk kesihatan manusia?

Selain daripada berupaya mencegah penyakit sawan (sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun), kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki. Vitamin C turut mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan sistem imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.



Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, dan penyakit / luka sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi iaitu sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan, anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Pengidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

 
Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
  • Vitamin C adalah perlu untuk:
  • Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
  • Mematikan radikal bebas merbahaya
  • Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Mengapa kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari?
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C. Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin larut air, maka ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu. Campuran dengan sesetengah jenis bahan tambahan dalam makanan, bahan kimia pertanian, terdedah kepada udara turut menyebabkan Vitamin C mudah rosak.Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja.

Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan perlu meningkatkan pengambilan vitamin C setiap hari.

 
Vitamin terhebat ini turut dihasilkan oleh Shaklee.

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.

Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.


Jadi, selain daripada kita makan buah dan sayuran yang mengandungi vitamin C setiap hari, kita boleh juga ambil Vitamin C Shaklee ni. Tak perlu susah-susah. Sebab confirm ke kita boleh makan oren hari-hari? Kadang-kadang buah-buahan ni ada yang tercemar dengan racun perosak. Apa pun pilihan di tangan anda.

PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)