Cara Mengatasi Morning Sickness

Wednesday 4 December 2013

Cara Mengatasi Morning Sickness



Ha.. siapa kat sini yg bila time preggy ja mesti rasa loya2? muntah2 sampai tak terdaya nak bangun? saya salah sorg daripadanya..bila time mengandung ja mesti morning sickness teruk sgt sampai jadi kurus kering. Makan apa pun x blh. Even minum air pun muntah..teruk kan? Tu la pengorbanan seorg ibu. Masa mengandung ja dah rasa mcm nak mati..huhu..Masa mengandungkan anak yg sulung, bila dpt tau je upt positive, dan2 tu jgk la rasa loya2 bagai..dah la time tu bulan posa. Separuh bulan kena ganti..kesiannya i..berat dari 49kg tinggal 42kg je..dh mcm rangka berjalan..tp lepas 3bulan, ok dh..makan x hingat punya.hihi..Masa mengandungkan anak kedua pun kena time bulan posa jgk. Kali ni 28hari skip posa. Sbb apa? Xleh blh telan mknan langsung, muntah ja kejanya..ish ish ish.

Korang semua tau x apa tu morning sickness? Sapa yg pernah mengalaminya mesti tau punya kan? Tp ada jugak yg x kena morning sickness masa mengandung..Beruntungnya..hehe..kali ni saya nak cerita sikit apa tu morning sickness dan tips2 utk mengurangkan morning sickness ni.

Morning sickness, mual atau muntah yang dialami sepanjang tempoh kehamilan adalah merupakan perkara biasa bagi kebanyakan wanita hamil.

Dianggarkan 70% wanita hamil akan mengalami morning sickness seperti muntah dan loya pada waktu tertentu sepanjang tempoh kehamilan. Lazimnya, ia bermula pada minggu keempat hingga kelapan dan boleh berterusan sehingga minggu ke-16 kehamilan.

Nama je morning sickness tapi ada sesetengah wanita yang alaminya tak kira masa.. pagi, petang, siang, malam.. tapi, apa pun, morning sickness yang dialami menunjukkan kandungan anda sedang membesar dengan sihat! So mom-to-be, u oll kena redha saja la dengan setiap rasa mual yang ada.. huhu..

Jika morning sickness yang dialami oleh anda berterusan dan menyebabkan kehilangan berat badan, keadaan ini disebut sebagai hiperemesis gravidum. Wanita hamil yang mengalami masalah ini akan muntah tiga atau lebih dalam sehari, mengalami pengurangan berat badan lebih daripada 3kg dan mempunyai masalah ketidakseimbangan eloktrolit dalam tubuh. Oleh itu, segera dapatkan rawatan di hospital. Biasanya doktor akan menyarankan supaya anda bedrest sehingga keadaan diri kembali pulih.

Tips asas untuk mengurangkan morning sickness :

  1. Mkn dengan jumlah yang sikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana ia akan menyebabkan anda mual
  2. Ambil makanan yg mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa mual seperti roti dan kentang
  3. Hindari makanan berlemak, berminyak dan pedas kerana ia akan memburukkan lagi gejala morning sickness
  4. Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Anda juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.
  5. Minum air yang banyak walaupun sering muntah. Minum air masak atau jus buah-buahan segar. Ini penting bg memastikan tubuh mendapat air secukupnya.
  6. Hindari minuman berkarbonat atau berkafein spt kopi dan teh.
  7. Amalkan minuman halia kerana ia diakui secara tradisi boleh mengatasi rasa mual.
  8. Jgn terus bangun secara tiba-tiba daripada tidur terutamanya di waktu pagi. Anda harus dudu, terlebih dahulu utk menstabilkan tubuh sebelum bangun secara perlahan-lahan.
  9. Pakai baju longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual. Kerana baju yg ketat ini akan menekan perut dan menimbulkan masalah loya biasa anda alami.




(Sumber: Majalah PA&MA)

Alternatif lain yang boleh digunakan untuk menghilangkan morning sickness adalah dengan pengambilan vitamin Shaklee. Dah banyak testimoni tentang ketiadaan morning sickness dengan Shaklee ni. (Masa saya preggy dulu saya blm kenal dgn Shaklee lg) lepas pantang baru tau. Terasa rugi kan. Tp better late than never...

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Tahukah anda Ostematrix boleh mengurangkan migrain a.k.a pening-pening?



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex



Kerana B Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

B6 juga telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati bahawa mengambil B6 tambahan semasa bulan-bulan awal kehamilan sangat mengurangkan morning sickness. Beberapa kajian mendapati B6 ia adalah rawatan berkesan untuk loya.

Kalau ada antara readers kat sini yang tengah pregnant dan mengalami masalah di atas bolehlah mendapatkan b complex dan ostematrix ini dalam set ibu hamil yang saya sediakan. kita tengok sikit apa yang ada dlm set ibu hamil ni.

SET 1 (Trimester I )

  • · Vita-Lea
  • · B Complex
  • · Vitamin C
  • · Ostematrix
SET 2 (Trimester II dan III)
  • · Vita-Lea
  • · B Complex
  • · Vitamin C
  • · Ostematrix
  • · Omega Guard
Boleh add on ESP untuk sumber protein. Testimoni pengguna set kehamilan Shaklee:







PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


1 comment:


  1. Info yang menarik mengenai tips rawatan morning sickness. Morning sickness ini harus dirawat dengan betul kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi yang dikandungnya. Sekiranya cara rawatan sendiri tidak berhasil dan si ibu mempunyai tanda-tanda dehidrasi, janganlah teragak-agak untuk mendapatkan khidmat doktor

    ReplyDelete

Klik iklan ini tanda support :)