Tip Elak Perut Buncit

Sunday 23 November 2014

Tip Elak Perut Buncit

Ada sesiapa tak yang pernah kena macam ni? 'Eh, Leha (bukan nama sebenar) kau dah mengandung berapa bulan? What?? Pregnant? Oh, tidak. Ini semua sebab perut yang menbuncit ke depan a.k.a boroi. Kalau lelaki boroi mungkin tak mengapa sebab lambang seksi gitu tapi kalau perempuan yang buncit memang menjejaskan penampilan. Tapi jangan risau, perut yang buncit boleh dielakkan. Anda boleh praktikkan perkara di bawah, apa yang penting hati kena kental dan konsisten.



Makan makanan yang betul
Perkara pertama yang anda perlu buat ialah pilih makanan yang seimbang. Kalau selama ni suka makan junk food, fast food, cuba pilih menu yang sihat. Elakkan makanan berlemak. Ikut piramid makanan. Tampal besar-besar di peti ais anda.



Katakan tidak pada makanan ringan
Makanan ringan memang tak baik untuk kesihatan. Kalau di ambil secara berlebihan, lemak akan segera berkumpul terutama di bahagian perut.

Jangan makan lewat malam
Makan lewat malam boleh menyebabkan perut anda buncit kerana lebihan gula dari makanan tadi akan ditukar kepada lemak. Badan tidak boleh membakar lemak semasa anda tidur.

Jauhi minuman bergula
Soft drink, just asli mempunyai banyak kalori. Kalori yang banyak boleh menyebabkan badan naik dan perut buncit. Mulai sekarang tiada lagi kopi segera 3 in 1, air tin, air soda. Sebaiknya amalkan minum air putih sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Kalau nak sedap boleh campurkan limau nipis. Air limau dapat mempercepatkan metabolisma badan anda.

Senaman Kardio
Senaman kardio amat penting untuk mengempiskan perut keranan senaman ini dapat membakar kalori lebih cepat dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti joging, berjalan dan menaiki tangga.

Kurangkan Garam dalam Diet Harian
Garam menyebabkan tubuh mengekalkan air dan membuatkan korang akan kelihatan kembung terutama di bahagian abdomen.

Makan produk tenusu rendah lemak
Ubah dan pilih produk tenusu yang rendah lemak yang kaya dengan protein dan vitamin B6. Jadi sebelum beli susu, pastikan yang rendah lemak.



Pilih Makanan Rendah Indeks Glisemik
Makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah akan mengambil masa untuk dicerna dan ini membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama. Secara perlahan-lahan badan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan gula secara mendadak dalam darah. Contoh makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah ialah ESP Shaklee. (Klik SINI).

Ini saja tips untuk kali ini. Semoga anda berjaya mendapatkan perut yang rata dan cantik. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai produk Shaklee jangan lupa hubungi saya seperti di bawah.



PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


6 comments:

  1. Aku pnh teguq kwn aku tanya, hg pregnant brapa bulan dah? Jumpa kat tgh pekan, serius nampak dia mcm pregnant. Bila dia kata tak pregnant adehhh serik dah weh nak tegur org bab pregnant nie ������

    http://ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  2. Erkk..memang akann terasa kalau orang tanya kita preg lagi ke padahal perut penuh lemak je huhu. Tapi think positif je,bila orang tegur macamtu mana tahu nanti ada isi betul, preg kan :-)

    www.amalinaahmad.com

    ReplyDelete
  3. mempunyai badan yang kurus dan sihat adalah bagus. Semua orang pun nak badan mcm ni.

    ReplyDelete
  4. lau xkawen lg nak peknen pe...kahkahkah.....peknen xmatang luar akad....

    ReplyDelete
  5. lau xkawen lg nak peknen pe...kahkahkah.....peknen xmatang luar akad....

    ReplyDelete
  6. Tips ini banyak berguna tetapi susah untuk ikuti. Terdapat terlalu banyak makanan enak yang tidak boleh dilepaskan.

    ReplyDelete

Klik iklan ini tanda support :)