Tip Memilih Pam Menyusu

Saturday 22 November 2014

Tip Memilih Pam Menyusu

Halo..

Kepada mommies berkerjaya yang merancang nak menyusukan anak secara exclusive mesti agak pening nak pilih pam susu yang sesuai. Pam menyusu ni bukan boleh main beli je tau. Kalau boleh biarlah ia selesa dan tahan lama. Penggunaan pam menyusu bagi ibu berkerjaya sangat disyorkan sebab ianya mudah dan cepat berbanding pam menggunakan tangan.



Kat sini saya nak kongsikan beberapa tip yang boleh di ambil kira sebelum memilih pam menyusu yang sesuai.

1. Harga
Pilih pam menyusu yang mengikut kemampuan anda ye. Anggap ia macam satu pelaburan jangka masa panjang sebab penyusuan susu ibu lebih menjimatkan berbanding FM. Bagi saya pam manual atau yang menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik jika sukar nak dapatkan bekalan elektrik. Kalau mommies semua ada bajet lebih, boleh beli yang dual function - guna elektrik dan bateri. *saya dulu beli yang manual saja. Agak letih nak mengepam*

2. Mudah Digunakan
Pilih pam yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang dan dibuka. Ini kerana anda akan kerap mengepam setiap hari, mungkin 3 jam sekali. Jadi, masa waktu kerja tu mungkin dua atau tiga kali mommies kena pam susu. So make sure, pam tu mudah digunakan dan senang disimpan.

3. Berat dan Saiz
Saiz dan berat pam adalah antara perkara penting yang perlu diambil kira. Pam yang ringan dan kecil akan memudahkan anda membawanya ke pejabat atau ketika out-station.

4. Bunyi
Pam susu yang berkualiti tak mengeluarkan bunyi yang kuat. Bunyi yang perlahan atau senyap boleh mengelakkan rakan-rakan sekerja tahu yang anda sedang mengepam susu.

5. Ketahanan
Salah satu ciri yang paling penting ialah ketahanan pam susu. Kalau boleh, belilah pam susu yang tahan lama kerana anggap ia sebagai satu pelaburan jangka masa panjang.

6. Aras Kelajuan
Lihat aras kelajuan pam yang boleh diubah-ubah seperti aras perlahan, sederhana dan laju. Ia penting kerana anda boleh mengubah aras kelajuan hisapan sekiranya sakit pada bahagian payudara.

7. Cara Mengepam
Sekiranya mempunyai bajet lebih, anda boleh memilih pam susu yang boleh mengepam kedua belah payudara sekaligus. Ini kerana ia menjimatkan masa dan susu dapat di pam dengan banyak pada masa yang singkat.
   

No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)