Punca, Tanda-tanda dan Cara Mengatasi Gastrik

Sunday 5 January 2014

Punca, Tanda-tanda dan Cara Mengatasi Gastrik

Kat sini mesti ada yang mengalami gastrik kan? Hari ni saya nak berkongsi tentang punca, tanda-tanda dan cara-cara mengatasi gastrik.



Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Cara-cara untuk mengatasi penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
 Shaklee juga ada menawarkan set untuk merawat gastrik.



Energizing Soy Protein - ESP

~merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
~nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.



OSTEMATRIX

~Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.


PEPPERMINT GINGER PLUS
~Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


2 comments:

  1. gastrik yang ramai orang menghadapi adalah berdasarkan kepada apa makanan yang mencetuskan pedih hulu hati dan apa makanan yang boleh mengurangkan keadaan itu.

    ReplyDelete
  2. haah...nak nak org sekrg suke sgt masak pakai biji cili..padehal kebodohan apakah itu...dorg xtaw ke biji cili tu gak punca kegastrikan.... :( T.T

    ReplyDelete

Klik iklan ini tanda support :)