Rawat Ekzema Dengan Shaklee

Tuesday 23 September 2014

Rawat Ekzema Dengan Shaklee

Siapa yang ada masalah ekzema memang rasa tak selesa. Asyik gatal dan nak menggaru aja kejanya..Kalau terlebih garu nanti luka pulak kulit tu. Saya salah seorang penghidap ekzema. Walaupun ekzema saya tahap ringan tapi memang rasa tak selesa terutama sekali bila kulit kering. Mula-mula saya kena ekzema ni masa berumur 10 tahun. Dan sejak dari tu sampai la umur saya 30 tahun ekzema masih ada cuma masih terkawal. Bagi mereka yang ada masalah ekzema macam saya ni, kalau boleh elakkan tempat kering, berhabuk dan sentiasa pastikan kulit lembap. Contohnya sentiasa kena ada losyen atau krim untuk sapu kat kawasan yang kering tu. Makanan pun kena pantang jugak. Kurangkan makan seafood. Punca-punca ekzema boleh baca kat SINI

Dah bermacam-macam losyen, krim, antibiotik, pil yang saya ambik, ekzema masih tak boleh hilang. Sebabnya ekzema memang tak boleh diubati cuma boleh dikawal. Klinik Kulit Dr. Khoo kat Sungai Petani pun dah banyak kali saya pegi, gatal tu hilang sekejap saja tapi nanti akan jadi semula. (Doktor tu akan cucuk kat kawasan gatal tu, pergh memang tak boleh tahan sebab sakit). Dah la mahal sekali jumpa mesti kena caj dalam RM100 ke atas. 

Sampai la saya jumpa Shaklee, saya berjaya mengurangkan radang/kerengsaan akibat ekzema. Saya ambik ESP, Vitamin C dan E secara konsisten. Untuk kulit luar pulak saya sapukan Herbal blend tapi nipis-nipis saja. ESP penting dalam membantu penghasilan sel-sel baru dalam badan. Vitamin C pulak bertindak untuk kecantikan kulit, membantu mengurangkan parut-parut ekzema dan Vitamin E untuk mengekalkan kelembapan kulit.

contoh ekzema di tapak tangan dan jari

Untuk bayi atau kanak-kanak yang ada masalah ekzema pun boleh guna set shaklee ni. Cth seperti dibawah :

Bayi berumur kurang dari 1 tahun
  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP atau Omega Guard.
  • Selain bagus utk ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel (mencegah keradangan kulit  dan mengurangkan kegatalan).
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend  Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih
bayi yang mengalami ekzema

Kanak-kanak 1 tahun ke atas
  • Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel (mencegah keradangan kulit  dan mengurangkan kegatalan).
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
  • Herbal blend boleh digunakan untuk merawat luka. (Pastikan luka itu kering sebelum disapu)
Remaja dan dewasa
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin C terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan.
  • Vitamin E yang kaya dengan ekstrak biji anggur dapat membantu kulit agar kekal lembap. Ini kerana, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Boleh juga gantikan dengan Omega Guard.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menangani masalah ekzema yang anda atau anak-anak anda hadapi dan perlu diingatkan tidak semestinya kena ambil semua apa yang saya cadangkan. Ini kerana kesan berbeza bergantung pada tahap ekzema tersebut. 


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Lazada Malaysia

1 comment:

  1. Salam. Brapa lama masa yg diambil utk sembuh dr ekzema dgn mengamalkn shaklee ni?? Sy pun dah 2 th hidap eczema ringan dah hanya mengambil ubat2 hosp.

    ReplyDelete

Klik iklan ini tanda support :)