Tip Selesa Memasak Untuk Ibu Hamil

Monday 22 September 2014

Tip Selesa Memasak Untuk Ibu Hamil

Sembilan bulan kehamilan membuatkan perut wanita hamil cukup besar dan memboyot. Perubahan ini membuatkan bakal ibu terasa berat dan sukar untuk bergerak. Memasak dengan perut yang semakin membesar juga ada kalanya membuatkan wanita hamil menjadi kurang selesa. Ikuti panduan mudah untuk memasak dengan selesa.


  • Pastikan keadaan tubuh tegak dan kedudukan dapur separas dengan bahagian ulu hati. Ia dapat mengurangkan bahang kepanasan pada ibu.
  • Pastikan lantai dalam keadaan kering dan tidak berminyak agar dapat mengelakkan wanita hamil tergelincir. 
  • Gantikan barangan dapur yang sudah berkarat untuk mengelakkan ibu dan janin berhadapan dengan masalah kesihatan di kemudian hari.
  • Jangan mengangkat atau membawa bekas berisi air atau minyak panas dalam bekas yang besar. Ini kerana, ketika mengandung sememangnya keseimbangan tubuh bakal ibu sedikit terganggu.
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Sebolehnya kurangkan waktu memasak dan belajar untuk mencari cara memasak dengan lebih cepat.
  • Cuci tangan dengan segera selepas memotong bahan mentah untuk mengelakkan diri terdedah dengan bakteria pada makanan.
  • Memakai baju yang selesa ketika memasak. Sebolehnya gunakan baju yang boleh menyerap peluh.

Lazada Malaysia

No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)