Manfaat Untuk Penggemar Sayur

Monday 22 September 2014

Manfaat Untuk Penggemar Sayur

Assalamualaikum..

Harini saya nak berkongsi mengenai manfaat yang boleh kita dapat sekiranya kita gemar makan sayur. Sayur-sayuran merupakan makanan sihat yang sangat mudah disediakan. Kerana itulah sejak dari kecil lagi para ibu bapa sudah melatih anak-anak mereka supaya mengambil sayur dalam menu harian. Jika anak anda menolak untuk makan sayur, guna cara hidangan yang kreatif untuk menarik perhatian mereka sekaligus menarik minat mereka untuk makan. Ini kerana, kandungan nutrisi dan mineral yang terdapat dalam sayuran amat penting bagi mewujudkan tahap kesihatan optimum pada tubuh.


Namun begitu, masih ramai yang memandang ringan perkara ini. Ada yang memberi alasan sayuran hijau ini pahit dan ada pula yang mengatakan makanan ini tidak mengenyangkan. Sedangkan terdapat banyak manfaat pada sayuran yang masih belum diketahui. Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat di dalam 'makanan' hijau ini.


Kurangkan masalah jantung
Salah satu keistemewaan yang diperoleh sekiranya menjadi penggemar sayur adalah meningkatkan kesihatan jantung. Ini keranan kandungan vitamin C, kalium, lutein, zeaxanthin dan beta kerotin di dalamnya sangat berkesan dalam mendapatkan kesihatan yang optimum sekaligus mengurangkan masalah kardiovaskular.

Bermanfaat untuk pesakit diabetes
Adakah anda tahu bahawa sayur-sayuran hijau ini mengandungi indeks glikemik yang sangat rendah tetapi magnesiumnya pula tinggi. Ia sangat sesuai diambil atau lebih tepat lagi dijadikan diet harian yang paling ideal bagi pesakit diabetis.

Meningkatkan kesihatan tulang
Apabila disebut mengenai tulang yang kuat, pasti ramai yang mengaitkannya dengan susu. Sebenarnya, bukan hanya susu yang mampu meningkatkan kesihatan tulang sebaliknya sayuran hijau juga boleh memberi kesan yang sama. Kandungan vitamin K di dalamnya dikatakan membantu untuk menghasilkan osteocalcin iaitu protein yang berfungsi untuk menguatkan tulang.

Menyihatkatkan mata
Beta kerotin boleh diperoleh dengan banyak dalam sayuran hijau yang mana ia kemudianya akan ditukarkan menjadi vitamin A sekaligus memberi kesan yang baik kepada mata. Selain itu, lutein dan zeaxanthin juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada masalah katarak.

Cegah kanser
Salah satu penyakit yang cukup digeruni ialah kanser yang mana ia biasa menyerang dalam tempoh yang senyap dan perlahan. Bagi mencegahnya, digalakkan seseorang itu menjadikan sayuran hijau sebagai salah satu menu penting yang wajib ada. Kandungan karatenoid dan flavonoid dikatakan boleh membantu untuk mencegah pelbagai jenis kanser seperti kanser perut, usus, payudara dan kulit. Bahkan brokoli juga mengandungi sejumlah besar suforaphane di mana ia merupakan zat untuk mencegah penyakit tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan untuk kita semua. Mari bertukar dari makan makanan yang tidak sihat kepada makanan yang sihat dan jadikan sayuran sebagai diet harian kita atau snek lazat di waktu lapang.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 012-9751377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)