Punca-punca ekzema

Monday 22 September 2014

Punca-punca ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Penyakit kulit ini boleh menyerang€™ sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, dan kaum.



Salah satu jenis ekzema yang sering terjadi dikenali sebagai dermatitis atopik atau ekzema atopik. Atopic adalah merupakan masalah genetik yang diwarisi yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal serta kemudiannya mencetuskan simptom “oversensitivity.”

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Kebanyakan bayi yang mengalami keadaan itu akan bertambah baik apabila berusia enam tahun ke atas namun sesetengah orang akan terus mengalaminya sepanjang hayat. Nisbah satu daripada lima ini kebanyakannya tidak memerlukan rawatan di mana penyakit kulit ini akan datang dan pergi begitu sahaja.

Apakah Gejala Ekzema?

Ekzema membuatkan kawasan kulit yang terjejas menjadi gatal. Kadang-kala gatal-gatal itu akan bermula sebelum ruam muncul, tetapi apabila ia berlaku, ruam yang paling biasa muncul di muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan, atau kaki. Ia juga boleh memberi kesan kepada kawasan-kawasan lain juga. Kawasan yang terlibat biasanya kelihatan sangat kering, menebal, atau bersisik.

Apa yang menyebabkan Ekzema?

Punca sebenar ekzema tidak diketahui, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan ransangan yang terlalu aktif oleh sistem imun badan terhadap kerengsaan. Tindak balas ini yang menyebabkan gejala-gejala ekzema. Ekzema juga mungkin terjadi akibat alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi, dan sebagainya.

Di samping itu, ekzema biasanya ditemui dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan atau asma yang lain. Selain itu juga, keadaan kulit yang terlalu kering dan tiada lembapan memudahkan kuman untuk masuk ke dalam.

Walaupun tidak ada ubat, ekzema masih boleh dikawal dengan rawatan perubatan bagi mengelakkan iritasi. Perlu diingat bahawa ekzema tidak berjangkit dan tidak boleh merebak dari individu ke individu lain.

Bagaimana Ekzema Dirawat?

Matlamat rawatan ekzema adalah untuk melegakan dan mencegah gatal-gatal, yang boleh membawa kepada jangkitan ke kawasan kulit yang lain. Oleh kerana penyakit ini menjadikan kulit kering dan gatal, losyen dan krim adalah sangat disyorkan untuk mengekalkan kulit yang lembap. Produk-produk ini biasanya digunakan semasa kulit lembap, seperti selepas mandi, untuk membantu kulit mengekalkan kelembapan. Pesakit ekzema perlu menyapu krim atau losen pelembab beberapa kali sehari untuk mencegah kulit menjadi kering. Begitupun, tindak balas terhadap penggunaan krim ini berbeza mengikut individu tersebut.

Yang pasti, mereka yang mengalami masalah kulit ini perlulah mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat seperti mengawal pemakanan dan banyakkan senaman.

Krim preskripsi dan salap yang mengandungi kortikosteroid, sering ditetapkan untuk mengurangkan keradangan. Jika kawasan yang terjejas dijangkiti bakteria, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.

Bolehkan ekzema dielakkan atau dicegah?

Ekzema kadang-kadang boleh dielakkan atau dikurangkan dengan mengikuti tip-tip mudah.
  • Melembabkan kulit secara kerap (menggunakan krim pelembab non-paraben)
  • Elakkan perubahan mendadak dalam suhu atau kelembapan.
  • Elakkan berpeluh atau terlalu panas.
  • Mengurangkan tekanan.
  • Elakkan sabun yang kasar, bahan pencuci dan pelarut.
  • Elakkan dari makanan yang gatal seperti makanan laut, ikan kembung, telur atau apa-apa makanan yang boleh menyebabkan ekzema.
Lazada Malaysia

No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)