Petua Hilangkan Bau Badan

Tuesday 11 November 2014

Petua Hilangkan Bau Badan

Masalah bau badan memang sesuatu yang tak menyenangkan. Walaupun pakai deodorant berbotol-botol masalah bau badan tetap jugak tak hilang-hilang. Keadaan macam ni bertambah teruk kalau individu tersebut berpeluh. Bau peluh yang masam bercampur dengan deodorant menghasilkan bau yang pergh!! Memang boleh bau dua tiga batu jauhnya..Bau kepam dan tengik ketiak kadangkala sangat menganggu tumpuan kita. 


Tapi jangan risau, tarik nafas dalam-dalam dan hembus..Sebab, hari ni saya nak kongsikan beberapa petua yang korang boleh amalkan untuk menghilangkan bau badan secara tradisional. Selamat mencuba! 


Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  
Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dan tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan pada ketiak.



Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.



Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.



Ambil beberapa helai daun pucuk jambu batu dan tumbuk lumat. Kemudian gosokkan pada ketiak sebelum mandi.

No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)