Friday 27 December 2013

Alfalfa Shaklee

Apa itu Alfalfa?

Alfalfa merupakan pohon renek dan rendang yang mempunyai akar yang panjang dan jauh ke dalam tanah; mencapai antara 10 hingga 20 kaki. Dengan akar yang panjang itulah ia dapat menyerap pelbagai sumber vitamin dan mineral di dalam tanah.



Daun Pohon Alfalfa
Alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang sangat bagus untuk merawat keputihan, kolesterol, kencing manis, ulser peptik, sembelit, dan bahkan pernah terbukti merawat penyakit kanser!
Jemput baca kisah bagaimana saya mula-mula berkenalan dan Alfalfa Shaklee dan terus jatuh cinta dengannya...


Alfalfa Shaklee juga sangat femes dalam Set Penyusuan Shaklee kerana ia terkenal sebagai Milk Booster yang hebat.


Alfalfa membantu merangsang susu yang banyak kerana ia kaya dengan protein. Protein pula merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. Kandungan protein dalam Alfalfa adalah lebih banyak dari sumber protein lain;
Info: Protein dalam Alfalfa lebih 18.9% dari daging lembu, lebih 3.3% dari susu dan lebih 13.1% dari telur
Antara vitamin yang terkandung dalam Alfalfa Shaklee termasuklah:

Vitamin A
Penting untuk kesihatan mata dan penglihatan malam. Vitamin ala di dalam Alfalfa membina ketahanan terhadap jangkitan penyakit terutamanya di dalam salur pernafasan. Vitamin A di dalam Alfalfa Shaklee juga bagus untuk ketahanan badan, dan kecantikan kulit.

Vitamin E

Memelihara sel agar tidak rosak dek radiasi dari matahari dan pencemaran udara. Bagus untuk kesihatan jantung, otot dan kardiovaskular. Ia juga membantu untuk mengangkut nutrisi kepada sel, memperkuat dinding salur darah.

Vitamin U
Menggalakkan kesihatan tubuh untuk mengatasi masalah ulser peptik.

Vitamin B6
Membantu asilimilasi makanan, protein dan metabolisma lemak. Menggalakkan kesihatan saraf dan kulit dan membantu mengurangkan simptom loya.

Vitamin K
Penting untuk pembekuan darah terutamanya selepas kecederaan, selepas pembedahan atau selepas ibu bersalin melahirkan anak. Ia juga penting untuk menjaga fungsi hati dan menyumbang kepada kecergasan badan.

Vitamin D
Membantu mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam tubuh. Seperti yang ramai sedia maklum, kalsium dan fosforuspenting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Mineral di dalam Alfalfa Shaklee:

Kalsium
Membina dan mengekalkan tulang dan gigi. Membantu pembekuan darah, membantu kecergasan, membetulkan degupan jantung dan melancarkan saraf.

Zat Besi

Penting untuk menghasilkan hemoglobin yang membantu membawa oksigen di dalam darah.

Mangan

Membantu menurunkan bacaan gula dalam darah khasnya untuk orang yang kencing manis.

Sodium
Mengawal keseimbangan cecair di dalam badan, menyeimbangkan asid, mengaktifkan fungsi limpa, usus dan perut.

Silicon Magnesium
Membantu tubuh untuk melawas, melindungi kulit dan tubuh dan merangsang fungsi otak
“Wah, tak sabar saya nak beli Alfalfa! Banyak sangat khasiat & kegunaan ”

Tunggu!
Alfalfa ada banyak jenis dan tak semuanya sama. Alfalfa yang selamat adalah Alfalfa jenis daun. Alfalfa yang biasa kat supermarket adalah Alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa jenis biji kadang-kadang boleh menyebabkan reaksi penyakit Auto immune.
Inilah kelebihan Alfalfa Shaklee!


Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa pestisid, tanpa racun kulat, tanpa bacteriosides, tanpa hormon sintetik dan tanpa bahan kimia.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Friday 20 December 2013

Kebaikan Vitamin C untuk Kesihatan

Bila sebut je pasal Vitamin C, mesti ada di antara kita yang terbayangkan buah oren kan? Tapi mungkin ada yang tak tahu bahawa vitamin c turut terdapat pada buah-buahan selain dari oren dan sayur-sayuran.

Antara buah-buahan dan sayuran yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi ialah cili padi, jambu batu, cili benggala, herba segar (parsley dan tyme), sayuran berdaun hijau, brokoli, kobis bunga, betik, buahan citrus dan strawberi. Boleh ke makan hari-hari buah dan sayuran kat bawah ni untuk dapatkan vitamin C. Hehe..Jom kita baca dulu sampai habis.


  
Apa perlunya Vitamin C ni untuk kesihatan manusia?

Selain daripada berupaya mencegah penyakit sawan (sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun), kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki. Vitamin C turut mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan sistem imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.



Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, dan penyakit / luka sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi iaitu sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan, anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Pengidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

 
Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
  • Vitamin C adalah perlu untuk:
  • Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
  • Mematikan radikal bebas merbahaya
  • Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Mengapa kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari?
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C. Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin larut air, maka ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu. Campuran dengan sesetengah jenis bahan tambahan dalam makanan, bahan kimia pertanian, terdedah kepada udara turut menyebabkan Vitamin C mudah rosak.Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja.

Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan perlu meningkatkan pengambilan vitamin C setiap hari.

 
Vitamin terhebat ini turut dihasilkan oleh Shaklee.

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.

Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.


Jadi, selain daripada kita makan buah dan sayuran yang mengandungi vitamin C setiap hari, kita boleh juga ambil Vitamin C Shaklee ni. Tak perlu susah-susah. Sebab confirm ke kita boleh makan oren hari-hari? Kadang-kadang buah-buahan ni ada yang tercemar dengan racun perosak. Apa pun pilihan di tangan anda.

PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


4 Langkah Mudah Tingkatkan Imuniti Tubuh

Membasuh tangan

Jadikan membasuh tangan sbg amalan seharian kita kerana membasuh tangan dapat menghalang bakteria dan virus daripada masuk di dalam tubuh. Kalau kita berada di luar, jangan lupa bawa bersama sanitizer. Tapi jangan terlampau kerap membasuh tangan, nanti terbunuh pulak bakteria baik.




Berhati-hati ketika minum

Tak semua air yang kita minum tu bersih. Kadang-kadang ia mungkin nampak bersih tapi mungkin ada bendasing yang terkandung dalam tu. So, sebaiknya gunalah penapis air sebelum memasak air ye kawan-kawan.



Antibiotik

Apabila terkena jangkitan bakteria maka anda bolehlah mengambil antibiotik atas nasihat doktor. Tapi pastikan makan antibiotik tu sampai habis ye. Kalau makan separuh jalan, bacteria mungkin hanya dilemahkan dan tidak dibunuh. Jadi, tak mustahil bacteria tu akan datang menyerang anda kembali.




Guna cara semulajadi

Kebanyakan individu mengalami selsema dan demam yang kerap pada tempoh agak singkat. Ia berlaku kerana system kekebalan tubuh kita makin lemah. Jadi cara nak menyelesaikan masalah ni adalah dengan mengambil makanan seperti sup ayam, vitamin C atau Zinc. Kalau ada rasa nak selsema tu cepat-cepat makan vitamin 500mg dan boleh ambil empat kali sehari. Nak makan sup ayam pun boleh juga, makan empat kali sehari sama macam pengambilan vitamin C.





So, kawan-kawan selamat membaca dan mempraktikan empat langkah ni ye..sebab ia secara tak langsung boleh mengelakkan kita dari terkena jangkitan virus atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Kaedah ni juga berupaya untuk mempercepatkan anda pulih dari demam dan selsema.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Monday 16 December 2013

Garlic Complex Shaklee

Assalamualaikum...

Kali ni nak bercerita pasal bawang putih. Semua org mesti kenal dengan bawang putih kan? Siapa yang tak kenal bawang putih mai sini sy nak tunjuk gambar.



Bawang putih ni banyak fungsinya, antaranya ia digunakan sbg bahan dalam masakan dan dalam perubatan tradisional.

Macam sy suka bau bawang putih. Kalau nak masak mesti letak bawang putih banyak2..Bagus untuk buang angin tau. Tapi lepas tu kena gosok gigi lah. Bau tak boleh tahan woo..hehehe

Shaklee turut mengeluarkan produk yang berasaskan bawang putih. Jom kita baca sikit sebanyak pasal Garlic Complex Shaklee ni..

Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif.)

Apa tu Allicin?
Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.
  • Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia :
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang
  • Berfungsi sebagai anti oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadibantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

Kelebihan GARLIC Shaklee:
  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
  • Menurunkan kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit Koronari
  • Menstabilkan glukos
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2-4tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Menghalang alergi - sinus, alergi,athma, selsema dan hepatitis.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk menigkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman.


  • PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
    SMS/Whatsapp: 011-10781377
    Facebook: Nurul Ashikin Othman
    FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
    Pengedar Vitamin Kulim (COD)
    Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Thursday 12 December 2013

Cara Mudah Hindar Selulit

Korang tau apa tu selulit a.k.a stretch mark?? Selulit ni adalah garis-garis warna kelam di bahagian paha, pinggul mahupun perut. Walaupun selulit ni tak menyakitkan tapi opkos la menjejaskan pandangan mata especially bagi yang dah berkahwin. Malu pada suami dengan selulit yang penuh kat perut tu..aduh, segannya..Nak pakai seksi-seksi depan suami pun malu..

Macam mana nak atasi selulit ni??

Selulit boleh di atasi dengan kaedah detoksifikasi, bodywarpping, krim atau scrub mahal. tapi untuk pengetahuan anda, selulit dapat diatasi melalui amalan gaya hidup yang mudah. Antaranya adalah dengan kaedah di bawah;

Diet yang sihat
amalkan banyak makan buah-buahan dan sayuran dan awasi pengambilan makanan yang berlemak. pilih bahan makanan yang segar dan semula jadi serta banyakkan minum air putih dan kurangkan pengambilan minuman ringan.

Senaman teratur
senaman yang teratur dapat meningkat metabolisma tubuh seta menegangkan otot. 

Pengambilan vitamin C
Pastikan pengambilan vitamin C sebanyak 1000mg sehari mencukupi untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Vitamin C diperlukan untuk membentuk sel pengikat serta menguatkan pembuluh darah

Melancarkan sistem pembuangan tubuh
kulit, ginjal dan usus berfungsi membuang racun-racun yang tidak diperlukan oleh tubuh. Pastikan anda minum banyak air bagi membantu kerja ginjal membuang toksin yang ada dalam tubuh melalui air kencing

Urutan
Urutan tidak semestinya hanya dilakukan di salun kecantikan ataupun spa. anda boleh melakukannya sendiri ketika mandi pagi dan petang. urutan bahagian tubuh yang mengalami selulit ke arah atas dengan tekanan yang konsisten.

Elakkan makanan penyebab selulit
minuman dan makanan seperti alkohol, kopi, teh, makanan rembah, makanan bergoreng dan berminyak sebaiknya dihindari kerana makanan ini akan menymbang dan menyuburkan selulit di tubuh.

Antara cara lain untuk menghindarkan selulit adalah dengan pengambilan supplement. Shaklee menyediakan produk ESP dan Vitamin C Sustained Released untuk anda yang berhasrat untuk menghilangkan selulit.

ESP
Antara kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal par
as kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.



VITAMIN C
berfungsi membentuk kolagen yang penting dalam memelihara saluran darah yang sihat


Sebarang pertanyaan / order boleh hubungi no seperti di bawah :-

PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Tips Bina Otot

Ada banyak makanan yang tersedia tetapi hanya sebahagian yang berguna untuk otot. Tentunya ia bukan bererti makanan lain tidak berguna, tetapi ia berguna untuk bahagian tubuh yang lain. berikut adalah beberapa makanan yang dapat membangun otot anda.

PUTIH TELUR
putih telur merupakan sumber protein yang sempurna utk membangun otot keranan mempunyai BV (biologic value) yang paling tinggi serta kandungan yang paling tinggi.

 

TAUGEH
makanan kecil ini mempunyai khasiat yang luar biasa pada tubuh. kandungan vitamin E yang tinggi pada makanan ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat mencegah radikal bebas yang terjadi setelah melakukan latihan beban. semakin otot terkena radikal bebas, semakin cepat pemulihan otot dan pertumbuhannya.


IKAN
ikan amat berguna bagi tubuh kerana kandungan asid omega 3 dapat membantu mencegah penguraian oto setelah kita melakukan olahraga. oleh itu, masa otot akan semakin berkembang.



YOGURT
kandungan CLA pada yogurt membantu mengurankan lemak pada tubuh. 


AIR
tubuh dan otot terdiri daripada 80 peratus air. oleh itu, air berperanan penting untuk pertumbuhan otot. hasil kajian menunjukkan bahawa otot yang mengadungi cukup air lebih mudah membuat sintesis protein dibandingkan jika kekurangan air. So, peeps drink a lots of water ok??


KOPI/COKLAT
kopi mengadungi kafein yang dapat memacu jantung agar otot dapat bekerja dgn lebih kuat untuk mengangkat bebanj. selain itu, ia juga dapat membantu pembakaran lemak seterusnya dapat melangsingkan tubuh. tapi, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan kafein, sebaiknya jauhi makanan ini.


Shaklee juga ada menawarkan produk untuk membantu pembinaan otot.. Produk yg dimaksudkan ialah Cinch & ESP..

Bagaimana Cinch / Esp dapat membina otot?
Untuk pengetahuan anda kedua-dua produk ini berasaskan protein (soy dan whey) 

Bagi anda yg sedang dlm proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dlm setiap makanan anda. Ini kerana protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada CINCH SHAKE atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP.

Mesti ada readers yang tertanya-tanya, kenapa perlu ambil protein? 
Kita memerlukan protein kerana apabila lemak diuraikan drpd badan, otot diperlukan utk menggantikan ruangan yg kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Jadi takde la kulit nak mengeleber lepas kurus nanti.

CINCH SHAKE


Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:
# Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
# Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
# Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
# Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
# Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
# Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
# Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
# Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
# Dan yg penting ialah Soya bukan GMO

Energizing Soy protein (ESP)
# Dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan terkenal sebagai energy-booster atau pemangkin tenaga. Tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya.
# Mengandungi 22 jenis asid amino dan termasuklah 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri.
# Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan.
# Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Nak pilih yang mana satu terpulang pada bajet anda. Kalau nak sedap dan berperisa boleh la pilih Cinch Shake.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Tuesday 10 December 2013

8 Strategi Singkir Lemak

Entry kali ni saya nak berkongsi strategi untuk menyingkirkan lemak. Kebanyakkan org nak kurus kan? Sebab, lazimnya kurus dikaitkan dengan kecantikan dan kesihatan. Rata-rata kaum wanita nak badan kurus persis model. Tp kurus mcm model tak semestinya cantik dan sihat. Model tu regim diet mereka sangat ketat. Tak kan kita nak berlapar semata-mata nak nampak kurus kan? Ok, kat sini saya senaraikan 8 strategi untuk singkir lemak-lemak degil yang bersarang dalam badan kita tu.

Usah kelaparan!
Sbb diet secara berlapar sudah sgt out dated kerana diet cara ini akan menyebabkan kehilangan otot, bukan LEMAK! Diet yang betul dan lebih bijak adalah dengan mengambil makanan mengikut pyramid makanan. Jumlah kalori bagi wanita adalah dibawah 1400 kalori sehari. Kita juga kena la elakkan makanan yang berproses dan manis. Kelaparan akan menyebabkan metabolisme badan menurun, dan melambatkan proses pembakaran kalori kerana lemak disimpan

Karbohidrat kompleks & protein
Ambil makanan yang berkarbohidrat kompleks seperti oat, ubi keledak, roti mil penuh dan beras perang yang mengambil masa lebih lama utk diproses. Makanan jenis ini akan menyebabkan anda kenyang lebih lama.

Kawal saiz
Saiz hidangan amat penting utk memastikan penurunan berat badan. Jadi setiap kali anda membuat perancangan menu, pasitkan anda membuat sukatan utk setiap sajian.

Air
Minum air secukupnya iaitu satu liter bagi setiap 25kg berat badan. Air kosing adalah minuman terbaik utk diambil pada bila-bila masa. Air penting utk menyingkirkan toksin. Lemak juga dikeluarkan oleh badan menerusi peluh dan air kencing. Oleh itu, kalau nak menurunkan berat badan, sila minum air secukupnya ye pembaca sekalian.

Fikir positif
Sentiasa berfikiran positif dalam misi ni.l berikan gambaran di dalam minda betapa bahagianya jika matlamat anda tercapai.

Sentiasa aktif
Sentiasa bergerak aktif utk memastikan anda membakar lebih banyak kalori. Elakkan menggunakan lif dan escalator sebaliknya gunakan tangga. Peruntukkan masa dan jaudalkan senaman tiga kali seminggu.

Kardio
Masukkan senaman jenis kardio di dalam senarai rutin anda bermula harini ini. Senaman ini selain baik untuk kesihatan kardiovaskular, ia juga boleh miningkatkan kadar metabolisme.

Hadapi plateau
Mungkin ramai yang mengalami situasi di mana penurunan berat terhenti pada satu tahap walaupun setelah melakukan semua cara termasuk bersenam dan mengawal pemakanan. Keadaan ini dipanggil plateau di mana badan kita sudah terbiasa dengan rutin yang telah dilakukan. Anda boleh mengubah bentuk senaman, jenis makanan, memperbanyakkan rehat dan minum lebih banyak air untuk memecahkan situasi plateau ini.

Shaklee turut menawarkan set kurus yang terdiri daripada 3 langkah iaitu : BAKAR, BUANG, BINA



Testimoni Set Kurus Shaklee:
 


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Monday 9 December 2013

5 Tips Cepat Hamil

Zuriat merupakan satu anugerah drpd Maha Pencipta. Siapa yg tidak mahukan zuriat sendiri. Kita mmg boleh merancang seberapa byk zuriat yg kita mahu. Tapi Allah juga yg menentukan. Namun kita disuruh berusaha utk memperoleh apa yg kita mahukan. Harini saya nk berkongsi dengan para pembaca tips2 supaya cepat hamil.

5 tips cepat hamil

Dapatkan Berat Badan Ideal
Jika anda mempunyai berat badan yang terlalu berat atau terlalu kurus, ia boleh menjadi punca kepada masalah kesuburan. Jadi, ketahui indeks jisim (BMI) tubuh anda. BMI di antara 20-24 merupakan berat badan ideal

Ketahui Waktu Subur
Hari subur Cuma empat hingga lima hari sebulan. Dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meningkatkan peluang untuk hamil. Hari subur hanya boleh dikira dengan tepat jika haid anda teratur. Jika tidak, anda boleh membeli kit ovulusi di farmasi jika mahu meramal hari subur dengan lebih tepat.

Hubungan Intim Lebih Kerap
melalukan hubungan intim tiga hingga empat kali seminggu adalah disarankan terutamanya pada hari subur.

Mengambil Multivitamin
Andan dinasihatkan mengambil multivitamin termasuk asid folik untuk mengurankan risiko janin cacat. Suami pula dissarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma

Jumpa Doktor
Pastikan anda bebas daripada sebarang masalah dengan melakukan pemeriksaan doctor. Cyst, endometriosis atau fibroid kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Jika pemeriksaan dilakukan di peringkat awal, rawatan yang berkesan akan diberikan dan dapat mengelakkan masalah sukar hamil.

Shaklee juga turut menawarkan set kesuburan bagi pasangan yang masih belum memiliki cahaya mata dan sukar hamil.

Zinc Complex:
Penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma. Kekurangan zink menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.

Vita-E Complex:
Menyokong pengeluaran sperma, hormon seks dan mencegah kerosakan DNA sperma. Kerosakan yang banyak pada DNA sperma boleh menyebabkan kemandulan. Selenium dalam vitamin E berfungsi mencegah pengoksidaan sel-sel sperma.

GLA Complex:
GLA Complex membantu untuk menstabilkan haid. Apabila kitaran haid stabil, isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan lebih mudah. GLA Complex membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal (buang cycst). GLA Complex membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur.

B-Complex:
Vitamin B6 meningkatkan kesuburan wanita, asid folat pula penting untuk persenyawaan telur oleh sperma.

Alhamdulillah, dengan izin Allah ramai yang dah berjaya hamil dengan vitamin kesuburan Shaklee ini.

Dapatkan set ini sekarang bersama TIPS CEPAT HAMIL DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai satu usaha anda menantikan kehadiran si comel dalam keluarga!




PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Friday 6 December 2013

Bagaimana OmegaGuard Membantu Menurunkan Berat Badan


Perghhh... 5 hari turun 5kg tuuu... mcm x caya jer.. mcm x caya jer... haha.. caya x caya itu la yg terjadi kat customer saya selepas pengambilan Omega Guard + lecithin.. apapun, semuanya dgn izinNya jugak..

Bagaimana # OmegaGuard boleh membantu anda mengurangkan berat badan?

1. Minyak Ikan Membolehkan Anda Kurangkan Lemak dan Membina otot.
Hanya dengan pengambilan beberapa kapsul minyak ikan setiap hari boleh membantu anda menghilangkan lemak dan membina otot. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambilnya dgn cukup setiap hari. Mengikut kajian, seorang subjek yg mengambil kira-kira 2 gram Omega 3 asid lemak ( EPA dan DHA) setiap hari selama 6 minggu akan hilang lebih daripada 2 lbs. lemak badan dan membina otot kira-kira 1 paun. Apa yang menariknya, mereka tidak bersenam, mengubah diet mereka , atau melakukan apa-apa untuk mengurangkan berat badan. Semuanya hanya mengambil beberapa dos tinggi kapsul minyak ikan setiap hari.

2. Tambahan Minyak Ikan Mengurangkan Selera Makan. 
Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan, ambil beberapa kapsul minyak ikan selepas anda makan.. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkannya, kekal kenyang lebih lama selepas makan dan kurang makan secara keseluruhan. Lama kelamaan, ini akan membantu anda menurunkan berat badan tanpa rasa lapar dan menderita dengan rasa lapar yang berlaku apabila kita diet. Kemungkinan paling besar minyak ikan membantu anda kekal kenyang ialah ia dapat mengawal pembebasan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda. Kesan ini juga memberi minyak ikan manfaat antidepresan. Minyak ikan juga dipercayai dapat menghentikan ketagihan gula. 

3. Minyak Ikan Membuatkan Diet dan Program Mengurangkan Berat Badan Anda Lebih Berkesan.
Mengambil makanan tambahan minyak ikan boleh membuatkan program diet dan senaman anda lebih berkesan. Dalam satu kajian, subjek yg mengambil minyak ikan kehilangan berat badan lebih daripada mereka yang mengambil suplemen plasebo. Kedua-dua kumpulan ini mengikuti diet yang memerlukan mereka kurangkan makan dan juga bersenam beberapa kali seminggu. 

4. Minyak Ikan Membantu mengurangkan Penyimpanan Lemak. 
Satu kajian menunjukkan bahawa makanan tambahan minyak ikan boleh mengurangkan risiko makanan yang anda makan adalah disimpan sebagai lemak. Ini kerana ia meningkatkan sesuatu yang dinamakan sensitiviti insulin. Menjaga sel-sel badan anda yg sensitif terhadap insulin adalah kunci untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat . Sebab ia begitu penting kerana lebih sensitif sel-sel anda terhadap insulin, lebih kurang kemungkinan makanan yang anda makan akan disimpan sebagai lemak.



 
PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Thursday 5 December 2013

Tambah Selera Makan Anak Dengan Meal Shakes

Runsing tgk Aleeya tak berselera nak makan. Selalunya makan nasik mesti bertambah x pun kalau bubuh sepinggan mesti habih. Ni tak, 2-3 bulan lepas selera makan dia makin berkurang. Dah buat sup hari2 pun makan sikit je..kalau menu selain sup lagi la susah nak makan..

Badan pun makin kurus. Ramai yg tegur kata Aleeya kurus. Salah maknya ke kalau anak tak nak makan. Dah buat favourite food dia pun masih takmau makan jugak..huhuhu..sedih..sedih..bagi appeton, champ pun tak jalan jugak.

Maka terpaksa la mamanya cari alternative yang lain..Dah lama dh tau pasal Meal Shakes tp take time nak try sbb sebelum ni selera Aleeya ok je. Tp bila dah jadi camni, terdetik nak try Meal Shakes.


kurusnya masa ni. Siku retak..

Meal Shakes Shaklee memang sesuai sangat untuk menambahkan selera anak. Rasa pun sedap. Rasa vanilla. Bila hidu bau cam ais krim je..harum je bau dia..

Ni antara kelebihan2 Meal Shakes yang sesuai untuk anak setahun ke atas. FYI, Aleeya dah 4tahun lebih. So mmg blh sgt la nak makan Meal Shakes ni..


  1. Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  2. Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  3. Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  4. Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewas
  5. Meningkatkan selera makan ana
  6. Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  7. Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  8. Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  9. Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti
Kalau anak tu jenis yang mudah demam, selalu selsema, sembelit tu boleh la cuba Meal Shakes.. Insyaallah berkesan..dengan Izin-Nya.

Ni dah sebulan Aleeya ambik Mealshake, Alhamdulillah, dah nampak perubahan selera makan dia. Badan pun makin berisi. Keja nak makan je..Anak sihat mama gembira..hoyeh..


Gambar Aleeya terbaru. Dah nampak berisi sikit kan?

Bagi yang tak tau, Meal Shakes boleh jugak diambil oleh org dewasa yang nak tambah berat badan. Sebab ia membaiki tisu-tisu badan dan meningkatkan selera makan. So sapa2 yang rasa badan tu kurus kering atau underweight disarankan juga mencuba Meal Shakes ni.



P
PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Wednesday 4 December 2013

Apa yang Best Tentang Shaklee?

Macam mana boleh terjebak dengan bisnes Shaklee ni? Apa yang best sangat tentang Shaklee ni?

Niat mula2 tu cuma utk pakai sendiri ja. Tak berniat nak buat bisnes pun sebab selalu ada negative thought pasal bisnes MLM. Tp bila dah kenal dan faham system Shaklee ternyata sangkaanku meleset sama sekali. Ceh, rugi tak buat awal-awal. Kalau tak mesti dah jadi Master..chewah perasan la pulak..

Mula start kenal dengan Shaklee masa berpantang bulan February haritu. Masa tu tgh tercari2 set berpantang yang blh di ambil sewaktu anak jaundis. Dulu masa first baby, amik produk h**. Tp minggu ke 3 pantang baru blh makan sbb anak kuning 2minggu. Produk tu berasaskan herba so mmg tak boleh ambil masa pantang. Dalam dok searching tu nampak la iklan ex-classmamate a.k.a my upline skrg ni..5 6bulan jugak la beli pakai sendiri. Bulan September baru terbukak hati nak berbisnes.. mau x terbukak hati.. tgk member dah dpt 5angka dlm setahun je buat Shaklee.. hati terbakar beb.. hehe..

Bulan Disember bulan ke tiga saya berbisnes dengan Shaklee. Alhamdulillah, dah dua bulan merasa income 4 angka. Bulan pertama bulan untuk belajar sikit2 n trial n error. X sangka dlm try2 pun dpt jugak 2 angka..Dah dpt bonus rasa syiok pulak. Try pulun lebih sikit, Alhamdulillah bulan kedua dapat pulak 4 angka.. Bulan ketiga teruskan lg, tingkatkan momentum, dpt lg 4 angka.. Lebih banyak dari gaji keja dulu.. Sebelum ni dok tengok ja org dapat 4, 5 angka. Tak yakin diri sendiri pun boleh buat mcm tu sbb tak pernah buat bisnes walaupun study ambik course Marketing..huhu..

Ha.. mcm mana menarik tak? mesti terasa nak join je kan? hehe.. Mcm mana cara nak masuk ahli Shaklee ni? senang ja.. bayar rm75 terus jd ahli seumur hidup.. uols bank in kat saya terus saya akan register online.. dan2 dpt terus no ID Shaklee.. terus blh shopping.. senang kan? Lepas masuk ahli uols akan terima starter kit berupa sebuah beg berisi catalogue produk & panduan utk berbisnes..

Apa kelebihan jd ahli Shaklee ni? First uols dpt beli produk Shaklee dgn harga ahli.. beza harga ahli dgn harga jual lebih kurang 12~20%.. bukan setakat tu je, Shaklee selalu buat promotion.. macam bulan ni Shaklee buat promosi OmegaGuard.. beli 6 percuma 1.. untung jadi ahli Shaklee ni.. mmg x rugi langsung..

Klu ada yg nk buat bisnes, apa kelebihannya jd pengedar Shaklee?
1)Ganjaran tunai (CASH)
~Bonus peribadi sehingga 21%
~Leadership bonus sehingga 6 level
~Insentif Coordinator sehingga 1.5%

2)Program kereta (CAR)
~Peluang mendapat insentif berupa wang tunai khas untuk pembayaran kereta

3)Percutian (CONVENTION)
~Berpeluang menikmati percutian bertaraf 5 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee sama ada didalam/ luar negara termasuklah peluang untuk menunaikan umrah.

Kenapa nak kena pilih Shaklee?
~Shaklee dah established selama 50 tahun. Company multivitamin no.1 di Malaysia & US
~Ada sijil halal & KKM
~Shaklee 100% natural.. Slogan Shaklee "Always Safe, Always Works, Always Green"
~Shaklee antara company MLM yg bg bonus tertinggi kpd ahli2nya..
~bukan sistem piramid, bukan skim cepat kaya.. sapa rajin dia dpt.. downline blh potong upline..
~x perlu simpan stok.. Hanya perlu order online bila dpt tempahan.. semuanya di hujung jari..
~x perlu meeting malam.. sbb semuanya akan diajar secara online coaching

Kenapa team kami besttt?
 ~Team kami terdiri drpd otai2/master yg berpengalaman. ahli2 baru akan diajar tentang selok-belok perniagaan Shaklee secara online coaching.. mmg team we ols sarat dgn tunjuk ajar & info.. best betul..

~Choosing the RIGHT COMPANY is more IMPORTANT than your EFFORT, choosing the RIGHT TEAM will bring you to the TOP!



JOM JOIN GROUP JUTAWAN KAMI !!

PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Klik iklan ini tanda support :)