Thursday 25 September 2014

Vitamin Untuk Kulit Cantik

Memang fitrah wanita nak kelihatan cantik. Tak kira cantik dari segi luaran mahupun dalaman. Perkara utama yang selalu dititikberatkan tak lain tak bukan ialah kecantikan kulit wajah. Selalunya masalah jerawat atau jeragat boleh ditutup dengan solekan tapi takkan la kita nak bermekap 24 jam kan? Selain dari penggunaan pencuci muka, rawatan spa, pemakanan sihat, kita boleh mendapatkan kulit yang cantik, halus, gebu dengan merawat dari dalam. Caranya ialah dengan mengambil makanan tambahan yang sesuai seperti kolagen dan vitamin C untuk meningkatkan paras kolagen dalam badan.




Vitamin C atau dikenal dengan asid absorbic ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen yang membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh serta membantu penyerapan zat besi. (Keterangan lanjut boleh rujuk SINI)



Manfaat Vitamin C untuk Kulit 
  •  Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya
  •  Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat
  •  Melindungi kulit dari radikal bebas
  •  Mengurangkan proses pigmentasi akibat pengaruh UV B
  •  Meningkatkan sintetis kolagen
  •  Sebagai antioksidan
  •  Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit

Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis. (baca SINI untuk keterangan lanjut).



Manfaat utama Shaklee Collagen Powder 
  • Membantu mengecilkan liang-liang pori yang kelihatan
  • Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering gatal-gatal pada muka
  • Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata
  • Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
  • Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut
  • Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serata tebal dan bersinar

Testimoni di bawah menunjukkan perubahan wajah selepas pengambilan Vitamin C / Collagen Shaklee


wajah semakin cerah, jeragat kian pudar


tiada lagi kesan pigmentasi dan jeragat berkurang

PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Lazada Malaysia

Tuesday 23 September 2014

Rawat Ekzema Dengan Shaklee

Siapa yang ada masalah ekzema memang rasa tak selesa. Asyik gatal dan nak menggaru aja kejanya..Kalau terlebih garu nanti luka pulak kulit tu. Saya salah seorang penghidap ekzema. Walaupun ekzema saya tahap ringan tapi memang rasa tak selesa terutama sekali bila kulit kering. Mula-mula saya kena ekzema ni masa berumur 10 tahun. Dan sejak dari tu sampai la umur saya 30 tahun ekzema masih ada cuma masih terkawal. Bagi mereka yang ada masalah ekzema macam saya ni, kalau boleh elakkan tempat kering, berhabuk dan sentiasa pastikan kulit lembap. Contohnya sentiasa kena ada losyen atau krim untuk sapu kat kawasan yang kering tu. Makanan pun kena pantang jugak. Kurangkan makan seafood. Punca-punca ekzema boleh baca kat SINI

Dah bermacam-macam losyen, krim, antibiotik, pil yang saya ambik, ekzema masih tak boleh hilang. Sebabnya ekzema memang tak boleh diubati cuma boleh dikawal. Klinik Kulit Dr. Khoo kat Sungai Petani pun dah banyak kali saya pegi, gatal tu hilang sekejap saja tapi nanti akan jadi semula. (Doktor tu akan cucuk kat kawasan gatal tu, pergh memang tak boleh tahan sebab sakit). Dah la mahal sekali jumpa mesti kena caj dalam RM100 ke atas. 

Sampai la saya jumpa Shaklee, saya berjaya mengurangkan radang/kerengsaan akibat ekzema. Saya ambik ESP, Vitamin C dan E secara konsisten. Untuk kulit luar pulak saya sapukan Herbal blend tapi nipis-nipis saja. ESP penting dalam membantu penghasilan sel-sel baru dalam badan. Vitamin C pulak bertindak untuk kecantikan kulit, membantu mengurangkan parut-parut ekzema dan Vitamin E untuk mengekalkan kelembapan kulit.

contoh ekzema di tapak tangan dan jari

Untuk bayi atau kanak-kanak yang ada masalah ekzema pun boleh guna set shaklee ni. Cth seperti dibawah :

Bayi berumur kurang dari 1 tahun
  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP atau Omega Guard.
  • Selain bagus utk ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel (mencegah keradangan kulit  dan mengurangkan kegatalan).
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend  Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih
bayi yang mengalami ekzema

Kanak-kanak 1 tahun ke atas
  • Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel (mencegah keradangan kulit  dan mengurangkan kegatalan).
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
  • Herbal blend boleh digunakan untuk merawat luka. (Pastikan luka itu kering sebelum disapu)
Remaja dan dewasa
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin C terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan.
  • Vitamin E yang kaya dengan ekstrak biji anggur dapat membantu kulit agar kekal lembap. Ini kerana, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Boleh juga gantikan dengan Omega Guard.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menangani masalah ekzema yang anda atau anak-anak anda hadapi dan perlu diingatkan tidak semestinya kena ambil semua apa yang saya cadangkan. Ini kerana kesan berbeza bergantung pada tahap ekzema tersebut. 


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Lazada Malaysia

Monday 22 September 2014

Punca-punca ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Penyakit kulit ini boleh menyerang€™ sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, dan kaum.



Salah satu jenis ekzema yang sering terjadi dikenali sebagai dermatitis atopik atau ekzema atopik. Atopic adalah merupakan masalah genetik yang diwarisi yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal serta kemudiannya mencetuskan simptom “oversensitivity.”

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Kebanyakan bayi yang mengalami keadaan itu akan bertambah baik apabila berusia enam tahun ke atas namun sesetengah orang akan terus mengalaminya sepanjang hayat. Nisbah satu daripada lima ini kebanyakannya tidak memerlukan rawatan di mana penyakit kulit ini akan datang dan pergi begitu sahaja.

Apakah Gejala Ekzema?

Ekzema membuatkan kawasan kulit yang terjejas menjadi gatal. Kadang-kala gatal-gatal itu akan bermula sebelum ruam muncul, tetapi apabila ia berlaku, ruam yang paling biasa muncul di muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan, atau kaki. Ia juga boleh memberi kesan kepada kawasan-kawasan lain juga. Kawasan yang terlibat biasanya kelihatan sangat kering, menebal, atau bersisik.

Apa yang menyebabkan Ekzema?

Punca sebenar ekzema tidak diketahui, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan ransangan yang terlalu aktif oleh sistem imun badan terhadap kerengsaan. Tindak balas ini yang menyebabkan gejala-gejala ekzema. Ekzema juga mungkin terjadi akibat alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi, dan sebagainya.

Di samping itu, ekzema biasanya ditemui dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan atau asma yang lain. Selain itu juga, keadaan kulit yang terlalu kering dan tiada lembapan memudahkan kuman untuk masuk ke dalam.

Walaupun tidak ada ubat, ekzema masih boleh dikawal dengan rawatan perubatan bagi mengelakkan iritasi. Perlu diingat bahawa ekzema tidak berjangkit dan tidak boleh merebak dari individu ke individu lain.

Bagaimana Ekzema Dirawat?

Matlamat rawatan ekzema adalah untuk melegakan dan mencegah gatal-gatal, yang boleh membawa kepada jangkitan ke kawasan kulit yang lain. Oleh kerana penyakit ini menjadikan kulit kering dan gatal, losyen dan krim adalah sangat disyorkan untuk mengekalkan kulit yang lembap. Produk-produk ini biasanya digunakan semasa kulit lembap, seperti selepas mandi, untuk membantu kulit mengekalkan kelembapan. Pesakit ekzema perlu menyapu krim atau losen pelembab beberapa kali sehari untuk mencegah kulit menjadi kering. Begitupun, tindak balas terhadap penggunaan krim ini berbeza mengikut individu tersebut.

Yang pasti, mereka yang mengalami masalah kulit ini perlulah mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat seperti mengawal pemakanan dan banyakkan senaman.

Krim preskripsi dan salap yang mengandungi kortikosteroid, sering ditetapkan untuk mengurangkan keradangan. Jika kawasan yang terjejas dijangkiti bakteria, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.

Bolehkan ekzema dielakkan atau dicegah?

Ekzema kadang-kadang boleh dielakkan atau dikurangkan dengan mengikuti tip-tip mudah.
  • Melembabkan kulit secara kerap (menggunakan krim pelembab non-paraben)
  • Elakkan perubahan mendadak dalam suhu atau kelembapan.
  • Elakkan berpeluh atau terlalu panas.
  • Mengurangkan tekanan.
  • Elakkan sabun yang kasar, bahan pencuci dan pelarut.
  • Elakkan dari makanan yang gatal seperti makanan laut, ikan kembung, telur atau apa-apa makanan yang boleh menyebabkan ekzema.
Lazada Malaysia

Tip Selesa Memasak Untuk Ibu Hamil

Sembilan bulan kehamilan membuatkan perut wanita hamil cukup besar dan memboyot. Perubahan ini membuatkan bakal ibu terasa berat dan sukar untuk bergerak. Memasak dengan perut yang semakin membesar juga ada kalanya membuatkan wanita hamil menjadi kurang selesa. Ikuti panduan mudah untuk memasak dengan selesa.


  • Pastikan keadaan tubuh tegak dan kedudukan dapur separas dengan bahagian ulu hati. Ia dapat mengurangkan bahang kepanasan pada ibu.
  • Pastikan lantai dalam keadaan kering dan tidak berminyak agar dapat mengelakkan wanita hamil tergelincir. 
  • Gantikan barangan dapur yang sudah berkarat untuk mengelakkan ibu dan janin berhadapan dengan masalah kesihatan di kemudian hari.
  • Jangan mengangkat atau membawa bekas berisi air atau minyak panas dalam bekas yang besar. Ini kerana, ketika mengandung sememangnya keseimbangan tubuh bakal ibu sedikit terganggu.
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Sebolehnya kurangkan waktu memasak dan belajar untuk mencari cara memasak dengan lebih cepat.
  • Cuci tangan dengan segera selepas memotong bahan mentah untuk mengelakkan diri terdedah dengan bakteria pada makanan.
  • Memakai baju yang selesa ketika memasak. Sebolehnya gunakan baju yang boleh menyerap peluh.

Lazada Malaysia

Manfaat Untuk Penggemar Sayur

Assalamualaikum..

Harini saya nak berkongsi mengenai manfaat yang boleh kita dapat sekiranya kita gemar makan sayur. Sayur-sayuran merupakan makanan sihat yang sangat mudah disediakan. Kerana itulah sejak dari kecil lagi para ibu bapa sudah melatih anak-anak mereka supaya mengambil sayur dalam menu harian. Jika anak anda menolak untuk makan sayur, guna cara hidangan yang kreatif untuk menarik perhatian mereka sekaligus menarik minat mereka untuk makan. Ini kerana, kandungan nutrisi dan mineral yang terdapat dalam sayuran amat penting bagi mewujudkan tahap kesihatan optimum pada tubuh.


Namun begitu, masih ramai yang memandang ringan perkara ini. Ada yang memberi alasan sayuran hijau ini pahit dan ada pula yang mengatakan makanan ini tidak mengenyangkan. Sedangkan terdapat banyak manfaat pada sayuran yang masih belum diketahui. Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat di dalam 'makanan' hijau ini.


Kurangkan masalah jantung
Salah satu keistemewaan yang diperoleh sekiranya menjadi penggemar sayur adalah meningkatkan kesihatan jantung. Ini keranan kandungan vitamin C, kalium, lutein, zeaxanthin dan beta kerotin di dalamnya sangat berkesan dalam mendapatkan kesihatan yang optimum sekaligus mengurangkan masalah kardiovaskular.

Bermanfaat untuk pesakit diabetes
Adakah anda tahu bahawa sayur-sayuran hijau ini mengandungi indeks glikemik yang sangat rendah tetapi magnesiumnya pula tinggi. Ia sangat sesuai diambil atau lebih tepat lagi dijadikan diet harian yang paling ideal bagi pesakit diabetis.

Meningkatkan kesihatan tulang
Apabila disebut mengenai tulang yang kuat, pasti ramai yang mengaitkannya dengan susu. Sebenarnya, bukan hanya susu yang mampu meningkatkan kesihatan tulang sebaliknya sayuran hijau juga boleh memberi kesan yang sama. Kandungan vitamin K di dalamnya dikatakan membantu untuk menghasilkan osteocalcin iaitu protein yang berfungsi untuk menguatkan tulang.

Menyihatkatkan mata
Beta kerotin boleh diperoleh dengan banyak dalam sayuran hijau yang mana ia kemudianya akan ditukarkan menjadi vitamin A sekaligus memberi kesan yang baik kepada mata. Selain itu, lutein dan zeaxanthin juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada masalah katarak.

Cegah kanser
Salah satu penyakit yang cukup digeruni ialah kanser yang mana ia biasa menyerang dalam tempoh yang senyap dan perlahan. Bagi mencegahnya, digalakkan seseorang itu menjadikan sayuran hijau sebagai salah satu menu penting yang wajib ada. Kandungan karatenoid dan flavonoid dikatakan boleh membantu untuk mencegah pelbagai jenis kanser seperti kanser perut, usus, payudara dan kulit. Bahkan brokoli juga mengandungi sejumlah besar suforaphane di mana ia merupakan zat untuk mencegah penyakit tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan untuk kita semua. Mari bertukar dari makan makanan yang tidak sihat kepada makanan yang sihat dan jadikan sayuran sebagai diet harian kita atau snek lazat di waktu lapang.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 012-9751377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Saturday 20 September 2014

7 Bahan Utama Shaklee Collagen Powder

Sebelum kita membeli atau menggunakan sesuatu produk, kita kena lihat apa kandungan bahan-bahan yang terdapat pada produk tersebut. Ini penting agar kita tak terbeli produk yang mengandungi bahan kimia terlarang atau beracun. 

Jika anda mahukan produk kecantikan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi, jangan ragu-ragu untuk memilih Shaklee. Shaklee hanya menggunakan bahan terbaik yang selamat dan semulajadi. Memandangkan bulan ini bulan promosi kolagen Shaklee, apa kata saya huraikan sedikit bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Shaklee Collagen Powder.

7 Bahan Utama Shaklee Collagen Powder Yang Jadikan Kulit Lebih Cantik Luar dan Dalam :


Kolagen dari Sisik Ikan Merah
Sumber kolagen yang utama ialah diambil dari kolagen sisik ikan merah (Red Snapper Scale). Dengan berat molekular yang sangat rendah iaitu lebih kurang 1000 Dalton menjadikan ia satu-satunya kolagen yang mudah diserap oleh tubuh seterusnya meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis pada tahap dan kadar yang paling optimum. Ikan merah ini berada di kedalaman 5000m dari paras laut, menjadikan ia sumber kolagen yang premium yang dimana kadar pencemaran adalah kurang.



Ekstrak biji benih Camellia Japonica
Mengandungi asid Oleik iaitu sejenis emolien kulit dan pelembab kulit. Ia juga berfungsi sebagai anti oksida semulajadi isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.


Ekstak Pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan  ekstrak bji Camilia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licinMenyokong pembetukan kolagen dan asid hialuronik. Menghidratkan tisu badan dan menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan rata.



Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik, Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik
 
Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
 


Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.



Vitamin B dan C
Vitamin C berfungsi untuk menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikan bebas yang merosakkan kulit dan menjadikan kulit kusam dan tidak cantik manakala vitamin B pula bertindak untuk memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.



Dengan 7 bahan utama ini, dalam masa 8 minggu anda akan mengalami kesan-kesan berikut:
  •     Kelembapan kulit meningkat 80%
  •     Kekasaran dan kekeringan berkurangan
  •     Penampilan keseluruhan meningkat 71%
  •     Kelembutan dan kelicinan meningkat 69%
  •     Make up yang dipakai tahan lama meningkat 60%
  •     Keanjalan, ketegangan dan Elastisiti meningkat 55%
  •     Ketebalan rambut meningkat 54%
  •     Keserasian, Tona dan warna kulit meningkat 50%
  •     Garis -garis halus berkurangan.

Produk ini telah diuji keberkesanannya. Dan yang penting, semua bahan yang digunakan untuk formulasi kolagen ini adalah dari sumber semulajadi, bukan sintetik. Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya seperti di bawah :
 


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com

Wednesday 17 September 2014

Hari istimewa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Harini 17hb September. My special day..because today is my birthday. Yeay!! Dan secara rasminya i'm entering the 3series club..but isokay..age is just a number kan? Yang penting hati kena sentiasa muda dan bersemangat. Chewah..Banyak lagi impian yang belum tercapai. But so far, saya sentiasa bersyukur sebab dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. A very good husband and two lovely kids. Alhamdulillah..


Semalam, 16hb September birthday my husband. Beza sehari je. So boleh jimat kek sebab celebrate together-gether. hehehe..Tak lah celebrate beria-ria sangat pun. Just a simple wish and keluar makan. Dan yang paling penting, time birthday kita ni, jangan lupa call mak atau ayah. Say thank you sebab dah susah payah lahirkan kita kat dunia ni, jaga kita sampai kita besar. Dah jadi ibu ni mesti la tau macam mana susahnya mengandung, melahirkan anak, berpantang. Phew..- tima kasih mak sebab lahirkan adik 30thn dulu.- *tetiba mata masuk habuk*

Semoga tahun ni tahun yang baik untuk kita semua dan mudah-mudahan usia kita diberkati Allah. Ameen..





Tuesday 16 September 2014

Kelebihan Collagen Shaklee

Nowadays memang banyak sangat produk kolagen di pasaran. Sampai tak tahu yang mana satu nak pilih. brand A kata kolagen diorang bagus, brand B cakap kolagen diorang terbaik, brand C promote kolagen diorang paling berkesan begitulah seterusnya yang lain-lain. So, kalau nak dapatkan kolagen yang terbaik dan berbaloi dengan nilai wang kita, nak tak nak kena la buat research sikit..Jangan main beli je.

Kali ni saya nak kongsikan kelebihan Shaklee Collagen Powder berbanding Kolagen-kolagen yang terdapat di pasaran sekarang ni.


Shaklee collagen powder merupakan satu supplemen kolagen yang unggul kerana ia mengandungi 4000mg kolagen RRS (Sisik Ikan Merah), sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.

Shaklee Collagen Powder adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam unit Dalton) yang mana ia amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh ramuan utama iaitu estrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, estrak kekerang, Lactobacillus acdophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS sekaligus menyokong kecantikan pengamal kolagen ini kekal cantik dari dalam.

Antara manfaat utama Shaklee Collagen Powder ialah :

Anti Penuaan
Membantu mengecilkan liang-liang pori yang kelihatan
Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus

Melembab
Melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering gatal-gatal pada muka

Mencerah
Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata

Menegang dan menganjalkan
Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut

Menyuburkan
Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serata tebal dan bersinar

Meningkatkan Pergerakan
Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang


Seiring dengan peningkatan usia, penghasilan kolagen dalam tubuh kita akan turut berkurangan. Ini menyebabkan keanjalan kulit semakin berkurangan dan mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis -garis halus pada kulit semakin kelihatan. Kolagen juga akan berkurang disebabkan faktor luaran seperti terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan, gaya hidup tidak sihat, merokok dan kurang bersenam.


Oleh yang demikian, cara yang paling mudah mengembalikan kolagen dalam tubuh adalah dengan mengamalkan supplemen kolagen. Pengambilan suplemen secara tetap dapat mengantikan kolagen yang hilang.

Memandangkan bulan September ni adalah bulan promo Collagen Powder, jika anda beli 6 kotak, anda akan dapat 1 kotak secara percuma. Cukup buat stok untuk setengah tahun. ^-^


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com

http://www.zalora.com.my/women/shoes/heels/?wt_af=my.Affiliate.CJ.1.125x125_Women.125x125_Women_Shoes_NA&utm_source=CJ&utm_medium=Affiliate&utm_campaign=1&utm_content=125x125_Women_Shoes_NA

Friday 12 September 2014

Shaklee Collagen Powder


Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat

Kod Produk:11000 (15 sachets)

Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.

Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=322e03b788964c64c6a1806a36f21daf

PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com

Kesan Kekurangan Kolagen

Hai..

Harini saya nak kongsikan dengan anda mengenai kesan kekurangan kolagen. Sebelum tu, kita kena tahu apa itu kolagen.

can u spot the different??

 Kolagen adalah sekumpulan protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain, seperti kulit, tulang, saluran darah, tendon, otot, dan tulang rawan. Ia juga menyokong organ-organ dalaman dan turut hadir dalam gigi. Kolagen membentuk 30% daripada 100,000 jenis protein yang wujud dalam badan manusia.


Fungsi Kolagen :
  • membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin    
  • menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
    memudahkan  tidur nyenyak    
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
    menampung air dalam tubuh.meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Tanda-tanda penuaan
  •  Kulit kusam dan tak bermaya
  •  Kulit kedut dan mula kendur
  •  Pigmentasi kulit
  •  Cepat letih dan lesu
  •  Sakit badan dan sendi
  •  Mudah lupa
  •  Kurang penglihatan 


Paras kolagen semakin menurun seiring dengan peningkatan usia

Dengan kemajuan terkini dalam teknologi perubatan, para saintis bukan sahaja dalam berjaya menemukan penawar untuk penyakit, tetapi juga dalam cara-cara untuk kekal dan kelihatan muda. Ini telah ditakrifkan sebagai "Anti-Penuaan", yang kini merupakan istilah biasa yang diterima secara meluas di serata dunia terutama dalam bidang kecantikan.

Oleh itu, cara yang paling mudah untuk mendapatkan kembali kolagen yang semakin berkurangan dan mengelakkan kesan penuaan adalah dengan mengambil kolagen sebagai diet tambahan. Ia adalah satu langkah mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit.

PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com






Lazada Malaysia

Klik iklan ini tanda support :)