Tips Penjagaan Rambut Yang Betul

Thursday 28 August 2014

Tips Penjagaan Rambut Yang Betul

Assalamulaikum...

Kalau sebelum ni saya menulis entri berkenaan dengan punca rambut gugur di kalangan wanita bersalin, (baca SINI) kali ni saya nak berkongsi tips bagaimana nak menjaga rambut dengan betul. Sebab ada antara kita yang tak tahu macam mana nak jaga rambut. Bukan setakat pakai syampu je tau..

Tapi sebelum tu, sekiranya anda mengalami masalah rambut gugur, anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Faktor umur, tekanan, pemakanan dan kurang rehat boleh menyumbang kepada masalah rambut. Namun sesetengah orang tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengalami masalah rambut yang serius. Antara tanda-tanda yang dikenalpasti adalah kulit kepala menjadi terlalu berminyak, keguguran rambut menjadi lebih banyak dari biasa (iaitu lebih daripada 30helai sehari), banyak kelelumur dan rasa gatal-gatal di kulit kepala. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan langkah-langkah pencegahan iaitu dengan :-

Gunakan produk yang betul
Pastikan anda menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Berhati-hati kerana kebanyakan produk syampu di pasaran lebih fokus pada pembersihan rambut, bukan pada kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala.


Anda boleh mencuba syampu yang berasaskan bahan organik dari Shaklee. 

Revitalizing Syampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut
Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembatkan rambut tanpa kesan melekit
  • Mengembalikan elemen struktur rambut supaya ia kelihatan lebat, sihat dan berkilat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

Jauhi rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk rawatan tersebut boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif

Cuci rambut setiap hari
Rambut hendaklah dicuci setiap hari samada menggunakan air atau syampu. Kerana mencuci rambut setiap hari adalah langkah asas untuk menjaga permukaan rambut.
Gunakan minyak perapi @ conditioner dengan betul 
Cara yang betul untuk menggunakan minyak perapi adalah dengan hanya menyapu pada rambut hingga ke hujungnya sahaja. Elakkan terkena sehingga ke akar rambut. Biarkan selama dua hingga tiga minit sebelum membilas kesan minyak perapi pada rambut dengan air bersih.

Amalan pemakanan yang betul
Untuk mendapatkan rambut sihat, anda sebenarnya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Jauhi makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut. Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat, pastikan anada mengambil makanan-makanan yang mengandungi protein (dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang), zink (dari sumber sayuran hijau/organ dalaman haiwan), vitamin B & C (sayuran dan buah-buahan). Sekiranya anda seorang individu yang tak gemarkan sayuran atau jenis yang nak cepat dan mudah, anda boleh amalkan suplemen Shaklee seperti Zinc, ESP, B-Complex dan Vitamin C untuk mendapat khasiat tambahan.

Gaya hidup
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut dan juga boleh menyebabkan sistem dalam tubuh badan turut terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca yang menyebabkan tekanan.  


Ahhh!!! Stressnya!!

So, kesimpulannya kalau nak rambut cantik uolls boleh la cuba tips-tips kat atas okeh..


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)