Rambut Gugur Selepas Bersalin

Wednesday 27 August 2014

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Sekarang ni bukan saja orang tua yang ada masalah rambut gugur, golongan muda pun ada masalah macam ni..terutama bagi wanita yang lepas bersalin. Saya sendiri pun mengalami masalah rambut gugur lepas melahirkan anak yang pertama dulu. Lepas sikat rambut je mesti banyak rambut gugur yang melekat kat sikat. Kalau hari-hari rambut gugur boleh botak kepala macam ni. Huhu..Meh saya kongsikan antara punca-punca keguguran rambut lepas bersalin.


Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Namun selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormom akan kembali normal dan pada waktu ini ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadan apabila si ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan seharian membatasi masa ibu untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut lepas bersalin akan menjadi semakin teruk. Keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness) akan terjadi sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan dan tidak dirawat dalam tempoh setahun.

Femala pattern baldness
Berusia dan memiliki ramai anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.. Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis. Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi. Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya.

Pola pemakanan tidak sihat
Amalan pemakanan tidak sihat turut menyumbang kepada masalah keguguran rambut menjadi semakin teruk. Keinginan si ibu yang ingin nampak langsing selepas bersalin akan menyebabkan mereka kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.


Faktor usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah. Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat. Semakin lanjut usia, semakin banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kerana nutrisi yang masuk dalam badan akan diagih-agihkan kepada organ-organ penting seperti jantung, hati, buah pinggag dan sebagainya.

Ok, setakat ni dulu perkongsian saya untuk harini. Semoga bermanfaat untuk kita semua ye. Kalau sesiapa yang ada masalah macam ni, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan rawatan dengan segera. Rambut kan mahkota wanita. Walaupun bertudung, rambut mestilah cantik dan rapi.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)