Thursday 28 August 2014

Tips Penjagaan Rambut Yang Betul

Assalamulaikum...

Kalau sebelum ni saya menulis entri berkenaan dengan punca rambut gugur di kalangan wanita bersalin, (baca SINI) kali ni saya nak berkongsi tips bagaimana nak menjaga rambut dengan betul. Sebab ada antara kita yang tak tahu macam mana nak jaga rambut. Bukan setakat pakai syampu je tau..

Tapi sebelum tu, sekiranya anda mengalami masalah rambut gugur, anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Faktor umur, tekanan, pemakanan dan kurang rehat boleh menyumbang kepada masalah rambut. Namun sesetengah orang tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengalami masalah rambut yang serius. Antara tanda-tanda yang dikenalpasti adalah kulit kepala menjadi terlalu berminyak, keguguran rambut menjadi lebih banyak dari biasa (iaitu lebih daripada 30helai sehari), banyak kelelumur dan rasa gatal-gatal di kulit kepala. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan langkah-langkah pencegahan iaitu dengan :-

Gunakan produk yang betul
Pastikan anda menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Berhati-hati kerana kebanyakan produk syampu di pasaran lebih fokus pada pembersihan rambut, bukan pada kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala.


Anda boleh mencuba syampu yang berasaskan bahan organik dari Shaklee. 

Revitalizing Syampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut
Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembatkan rambut tanpa kesan melekit
  • Mengembalikan elemen struktur rambut supaya ia kelihatan lebat, sihat dan berkilat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

Jauhi rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk rawatan tersebut boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif

Cuci rambut setiap hari
Rambut hendaklah dicuci setiap hari samada menggunakan air atau syampu. Kerana mencuci rambut setiap hari adalah langkah asas untuk menjaga permukaan rambut.
Gunakan minyak perapi @ conditioner dengan betul 
Cara yang betul untuk menggunakan minyak perapi adalah dengan hanya menyapu pada rambut hingga ke hujungnya sahaja. Elakkan terkena sehingga ke akar rambut. Biarkan selama dua hingga tiga minit sebelum membilas kesan minyak perapi pada rambut dengan air bersih.

Amalan pemakanan yang betul
Untuk mendapatkan rambut sihat, anda sebenarnya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Jauhi makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut. Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat, pastikan anada mengambil makanan-makanan yang mengandungi protein (dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang), zink (dari sumber sayuran hijau/organ dalaman haiwan), vitamin B & C (sayuran dan buah-buahan). Sekiranya anda seorang individu yang tak gemarkan sayuran atau jenis yang nak cepat dan mudah, anda boleh amalkan suplemen Shaklee seperti Zinc, ESP, B-Complex dan Vitamin C untuk mendapat khasiat tambahan.

Gaya hidup
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut dan juga boleh menyebabkan sistem dalam tubuh badan turut terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca yang menyebabkan tekanan.  


Ahhh!!! Stressnya!!

So, kesimpulannya kalau nak rambut cantik uolls boleh la cuba tips-tips kat atas okeh..


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Wednesday 27 August 2014

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Sekarang ni bukan saja orang tua yang ada masalah rambut gugur, golongan muda pun ada masalah macam ni..terutama bagi wanita yang lepas bersalin. Saya sendiri pun mengalami masalah rambut gugur lepas melahirkan anak yang pertama dulu. Lepas sikat rambut je mesti banyak rambut gugur yang melekat kat sikat. Kalau hari-hari rambut gugur boleh botak kepala macam ni. Huhu..Meh saya kongsikan antara punca-punca keguguran rambut lepas bersalin.


Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Namun selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormom akan kembali normal dan pada waktu ini ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadan apabila si ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan seharian membatasi masa ibu untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut lepas bersalin akan menjadi semakin teruk. Keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness) akan terjadi sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan dan tidak dirawat dalam tempoh setahun.

Femala pattern baldness
Berusia dan memiliki ramai anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.. Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis. Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi. Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya.

Pola pemakanan tidak sihat
Amalan pemakanan tidak sihat turut menyumbang kepada masalah keguguran rambut menjadi semakin teruk. Keinginan si ibu yang ingin nampak langsing selepas bersalin akan menyebabkan mereka kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.


Faktor usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah. Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat. Semakin lanjut usia, semakin banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kerana nutrisi yang masuk dalam badan akan diagih-agihkan kepada organ-organ penting seperti jantung, hati, buah pinggag dan sebagainya.

Ok, setakat ni dulu perkongsian saya untuk harini. Semoga bermanfaat untuk kita semua ye. Kalau sesiapa yang ada masalah macam ni, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan rawatan dengan segera. Rambut kan mahkota wanita. Walaupun bertudung, rambut mestilah cantik dan rapi.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Tuesday 26 August 2014

5 Masalah Kulit Bayi

Bayi mempunyai kulit yang sensitif. Oleh itu, penjagaan yang khusus sangat diperlukan terutamanya bagi bayi yang menghadapi masalah kulit. Jom lihat panduan penjagaan kulit untuk si manja anda.


Ruam panas
Ia berlaku apabila kulit bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Ia kan timbul bintik-bintik kecil kemerahan. Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan, bintik-bintik merah seakan jerawat akan timbul.
Rawatan : 
Mandikan bayi anda dengan air suam serta sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah. Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal serta pastikan keadaan bilik berada pada suhu sederhana. Elakkan menggunakan fabrik sintetik seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas. Pilih fabrik dari kapas dan pakaikan pakaian longgar.

Ruam Lampin
Ruam lampin selalunya berlaku disebabkan oleh oleh kelembapan akibat lampin yang kotor. Ruam juga boleh berlaku apabila kulit bayi tidak begitu kering selepas mandi. Kadang-kadang, bakteria atau jangkitan yis akan menyebabkan ruam lampin. 
Rawatan :
Kerap menukar lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Cuci punggung bayi menggunakan sabun tanpa bahan pewangi, sabun lembut yang bebas bahan kimia, Kemudian sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang. Pastikan lampin sedikit longgar untuk memberi ruang udara agar dapat memasuki ruang punggung bayi anda.


Ekzema
Ia merujuk masalah kulit yang mempunyai dermatitis iaitu kemerahan, kuping dan bengkak. ia berlaku pada bahagian muka, tangan dan kaki serta badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan kulit terasa sangat gatal.
Rawatan :
Ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Antaranya memakai kan pakaian jenis kain benang, kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru dan mengelak makanan yang mencetuskan ekzema.

Kulit kering
Terdapat bayi yang mengalami masalah kulit kering atau bersisik. Ia biasanya berlaku pada bahagian punggung atau lengan. Ia tidak berbahaya dan akan hilang apabila bayi berusia 4 hingga 6 bulan. 
Rawatan :
Selalu lap bahagian kulit yang kering dengan kain. Manakala pada bahagian yang bersisik sapukan losen. 

Kerak kepala
Masalah ini juga dikenali sebagai cradle cap.  Ia kelihatan seperti kelelumur pada bahagian kepala bayi. Masalah ini melibatkan kepala diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik di kulit kepala. 
Rawatan :
Rambut bayi dibasuh secara kerap dengan syampu bayi, Kemudian dengan menggunakan berus, sikat rambut bayi untuk menangalkan kepingan kerak. Boleh juga gosok minyak bayi dengan lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala. Biarkan sekejap dan tanggalkan kepingan tersebut. Kemudian cuci rambut dengan syampu bayi yang lembut.



PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Saturday 23 August 2014

8 Sebab Mengapa Anda Sering Letih

Kebanyakan dari kita sering berasa letih walaupun dah tidur dengan kadar yang cukup. Ada yang terpaksa mengambil minuman berkafein setiap hari sebab nak elakkan rasa mengantuk dan letih di tempat kerja. Kenapa ia terjadi? Pakar perubatan berjaya menyenaraikan antara punca-puncanya seperti di bawah :


Letih sangat la sampai pengsan atas laptop.. huhu..
  • Dehidrasi
  • Kekurangan vitamin B12
  • Terlalu Stress
  • Tidak mengetahui menghidap penyakit jantung
  • Paras zat besi terlalu rendah atau terlalu tinggi
  • Tidak aktif
  • Terlalu banyak bersenam
  • Menghidap jangkitan salur kencing
Tetapi jangan bimbang, ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan rasa letih yang berpanjangan. Antaranya dengan pengambilan suplemen dan menjalani gaya hidup yang sihat.




Suplemen yang disarankan untuk mengatasi masalah letih atau lesu ini adalah:-

Vitalea 
Multivitamin daripada Shaklee ini mengandungi zat besi yang sangat diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah. Dengan mengandungi 24 jenis mineral untuk menampung kekurangan nutrisi yang sentiasa hilang disebabkan aktiviti seharian kita termasuk cara pemakanan.




B-Complex
Ada 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan badan dengan baik. B-complexs juga membantu untuk melancarkan perjalanan darah kita yang mana penting untuk membawa oksigen secukupnya ke otak. Oksigen yang cukup membolehkan kita dapat berfikir dengan baik dan otak dapat mengawal seluruh sistem dalam badan dengan baik, sekaligus dapat mengurangkan stress.




Performance Drink
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!






PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Resepi Nasi Lemak

Selamat berhujung minggu uolls...


Nak masak apa ye hari ni?
Mesti korang selalu hadapi masalah cenggini kan?
Sama la kita.. tak tau nak masak apa dah. asyik2 masak benda yg sama ja..
sampai naik boring. orang kedah cakap sampai naik "cemuih"
Apa kebenda cemuih tu erk? cemuih tu maksudnya boring la.. hehe..

Nak dijadikan cerita lauk basah dalam fridge pun dah clear.
Nak beli barang basah selalunya nak tunggu pasar malam Kilang Lama Kulim.
Bukan takde tempat lain dah nak beli.
cuma kat situ banyak sikit pilihan n ikan-ikan pun fresh2 belaka.
Murah pun murah.

Yang ada kat rumah ni cuma ikan bilis n telur je..
So, yang terlintas di fikiran just nasi lemak je..

Agak2 dalam sejam siap la nasik lemak n sambal ikan bilis..
Tadaaaa....


Nampak sedap tak? nyum2... timun & kacang je takde.. hihi..


Bahan-bahan ( 3-4 orang ):-

  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air (agak-agak la.. hehe)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 1 inci halia
  • Lada hitam 5 - 6 biji
  • @ secubit garam (secukup rasa)
  • Bahan untuk sambal:-
  • 3 sudu besar cili kering (dikisar)
  • * 1/2 biji bawang besar (dikisar bersama cili kering) - boleh ganti 3biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih (dikisar bersama cili kering)
  • segenggam ikan bilis (dibasuh & digoreng)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan
  • 1 sudu sos cili
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • * garam & gula
 Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus, timun & kacang.

 

Cara-cara:-

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bahan kisar hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam, belacan dan sos cili
  4. Masukkan ikan bilis yg sudah digoreng tadi.
  5. Masukkan bawang besar
  6. Masukkan garam dan gula
 Dah siap hidangkan panas2.. Insyaallah pasti tak mengecewakan.. ewahhh...

SELAMAT MENCUBA...

Friday 22 August 2014

Set Kurus Bajet Shaklee

Assalammualaikum...

Kali ni nak berkongsi dengan pembaca semua macam mana nak kurus tapi dengan bajet yang rendah. Sebab kebanyakan pelanggan yang hubungi saya, mereka nak turunkan berat badan tapi takde bajet yang tinggi. Kos hidup makin meningkat jadi perbelanjaan pun kena planning betul-betul. Takut nanti tengah bulan dah 'kering'. But, don't worry to much..Shaklee ada set kurus bajet yang mampu dimiliki. Dengan hanya menggunakan gabungan LECITHIN & HERBLAX anda boleh mendapatkan bentuk badan idaman. Sebelum tu jom kita tengok fungsi dan bagaimana lecithin & herblax ni bertindak.

Lecithin

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol
Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran
Lecithin  boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.

Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.

Herb-lax
Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu :- 
Alfalfa Leaves, Senna Leaves, Anise Seed, Blue Malva Flower, Buckhorn Bark, Licorice Root, Rhubarb Root, Fennel Seed, dan Culver’s Root.
Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.
Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.
Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancer.
Antara Kebaikan Herb Lax :-
  • Membersih najis yang tersekat.
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. 
Dalam bahasa yang paling mudah, Lecithin bertindak sebagai agen untuk menyerap lemak manakala herblax pula bertindak menyingkirkan lemak dari badan. Dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan pengambilan set bajet kurus ni sebagai tambahan, tak mustahil lemak-lemak degil dalam badan tu dapat dibuang dan badan pun kembali ringan dan langsing.

Testimoni Yang Berjaya Dengan Set Bajet Kurus Lecithin & Herblax




Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai set kurus bajet ini dengan lebih lanjut sila hubungi no seperti yang dibawah.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Wednesday 20 August 2014

Cara Kurangkan Sakit Belakang Dan Lenguh-Lenguh Badan

Assalammualaikum...

Wah, panjangnya tajuk entry kali ni. Tapi itu la yang saya rasa sebab sejak akhir-akhir ni saya kerap sakit-sakit belakang..Mungkin sebab kurang minum susu atau tak cukup kalsium. Lagipun Naufal still menyusu. Jadi kalsium yang ada tak cukup nak tampung untuk keperluan dua orang (mama dan Naufal). Saya pulak jenis malas nak minum susu. Huhu.. Bangun pagi mesti tulang ada bunyi-bunyi (macam tulang rangka bergesel) *homaigosh*

Jadi cara yang paling senang nak kurangkan masalah sakit-sakit belakang, lenguh-lenguh badan dan tak cukup kalsium ni saya ambil Ostematrix Shaklee. Bentuk dia bujur kaler putih. Meh kita tengok kandungan vitamin yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee.

Vitamin D
Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, individu yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplemen vitamin D.
 
Magnesium
Ini merupakan ion positif nombor dua yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
 
Zink, boron, manganese dan kuprum 
Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.

So far Alhamdulillah sejak makan ostematrix, sakit-sakit belakang dah kurang. Sistem pencernaan pun makin bertambah baik. Kalau dulu punya la susah nak membuang. Mesti dua hari sekali baru ke toilet. Dengan ostematrix, nak membuang pun rasa lancar je..hikhik

Kalau anda bermasalah seperti saya, boleh la cuba sebotol Ostematrix Shaklee ni. Sebotol ada 120caplets. Harga pulak sangat berbaloi dengan khasiatnya. Nak tau lebih lanjut boleh hubungi saya seperti di bawah :


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Klik iklan ini tanda support :)