Sunday 23 November 2014

Tip Elak Perut Buncit

Ada sesiapa tak yang pernah kena macam ni? 'Eh, Leha (bukan nama sebenar) kau dah mengandung berapa bulan? What?? Pregnant? Oh, tidak. Ini semua sebab perut yang menbuncit ke depan a.k.a boroi. Kalau lelaki boroi mungkin tak mengapa sebab lambang seksi gitu tapi kalau perempuan yang buncit memang menjejaskan penampilan. Tapi jangan risau, perut yang buncit boleh dielakkan. Anda boleh praktikkan perkara di bawah, apa yang penting hati kena kental dan konsisten.



Makan makanan yang betul
Perkara pertama yang anda perlu buat ialah pilih makanan yang seimbang. Kalau selama ni suka makan junk food, fast food, cuba pilih menu yang sihat. Elakkan makanan berlemak. Ikut piramid makanan. Tampal besar-besar di peti ais anda.



Katakan tidak pada makanan ringan
Makanan ringan memang tak baik untuk kesihatan. Kalau di ambil secara berlebihan, lemak akan segera berkumpul terutama di bahagian perut.

Jangan makan lewat malam
Makan lewat malam boleh menyebabkan perut anda buncit kerana lebihan gula dari makanan tadi akan ditukar kepada lemak. Badan tidak boleh membakar lemak semasa anda tidur.

Jauhi minuman bergula
Soft drink, just asli mempunyai banyak kalori. Kalori yang banyak boleh menyebabkan badan naik dan perut buncit. Mulai sekarang tiada lagi kopi segera 3 in 1, air tin, air soda. Sebaiknya amalkan minum air putih sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Kalau nak sedap boleh campurkan limau nipis. Air limau dapat mempercepatkan metabolisma badan anda.

Senaman Kardio
Senaman kardio amat penting untuk mengempiskan perut keranan senaman ini dapat membakar kalori lebih cepat dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti joging, berjalan dan menaiki tangga.

Kurangkan Garam dalam Diet Harian
Garam menyebabkan tubuh mengekalkan air dan membuatkan korang akan kelihatan kembung terutama di bahagian abdomen.

Makan produk tenusu rendah lemak
Ubah dan pilih produk tenusu yang rendah lemak yang kaya dengan protein dan vitamin B6. Jadi sebelum beli susu, pastikan yang rendah lemak.



Pilih Makanan Rendah Indeks Glisemik
Makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah akan mengambil masa untuk dicerna dan ini membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama. Secara perlahan-lahan badan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan gula secara mendadak dalam darah. Contoh makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah ialah ESP Shaklee. (Klik SINI).

Ini saja tips untuk kali ini. Semoga anda berjaya mendapatkan perut yang rata dan cantik. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai produk Shaklee jangan lupa hubungi saya seperti di bawah.



PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Saturday 22 November 2014

Tip Memilih Pam Menyusu

Halo..

Kepada mommies berkerjaya yang merancang nak menyusukan anak secara exclusive mesti agak pening nak pilih pam susu yang sesuai. Pam menyusu ni bukan boleh main beli je tau. Kalau boleh biarlah ia selesa dan tahan lama. Penggunaan pam menyusu bagi ibu berkerjaya sangat disyorkan sebab ianya mudah dan cepat berbanding pam menggunakan tangan.



Kat sini saya nak kongsikan beberapa tip yang boleh di ambil kira sebelum memilih pam menyusu yang sesuai.

1. Harga
Pilih pam menyusu yang mengikut kemampuan anda ye. Anggap ia macam satu pelaburan jangka masa panjang sebab penyusuan susu ibu lebih menjimatkan berbanding FM. Bagi saya pam manual atau yang menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik jika sukar nak dapatkan bekalan elektrik. Kalau mommies semua ada bajet lebih, boleh beli yang dual function - guna elektrik dan bateri. *saya dulu beli yang manual saja. Agak letih nak mengepam*

2. Mudah Digunakan
Pilih pam yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang dan dibuka. Ini kerana anda akan kerap mengepam setiap hari, mungkin 3 jam sekali. Jadi, masa waktu kerja tu mungkin dua atau tiga kali mommies kena pam susu. So make sure, pam tu mudah digunakan dan senang disimpan.

3. Berat dan Saiz
Saiz dan berat pam adalah antara perkara penting yang perlu diambil kira. Pam yang ringan dan kecil akan memudahkan anda membawanya ke pejabat atau ketika out-station.

4. Bunyi
Pam susu yang berkualiti tak mengeluarkan bunyi yang kuat. Bunyi yang perlahan atau senyap boleh mengelakkan rakan-rakan sekerja tahu yang anda sedang mengepam susu.

5. Ketahanan
Salah satu ciri yang paling penting ialah ketahanan pam susu. Kalau boleh, belilah pam susu yang tahan lama kerana anggap ia sebagai satu pelaburan jangka masa panjang.

6. Aras Kelajuan
Lihat aras kelajuan pam yang boleh diubah-ubah seperti aras perlahan, sederhana dan laju. Ia penting kerana anda boleh mengubah aras kelajuan hisapan sekiranya sakit pada bahagian payudara.

7. Cara Mengepam
Sekiranya mempunyai bajet lebih, anda boleh memilih pam susu yang boleh mengepam kedua belah payudara sekaligus. Ini kerana ia menjimatkan masa dan susu dapat di pam dengan banyak pada masa yang singkat.
   

Tuesday 11 November 2014

Petua Hilangkan Bau Badan

Masalah bau badan memang sesuatu yang tak menyenangkan. Walaupun pakai deodorant berbotol-botol masalah bau badan tetap jugak tak hilang-hilang. Keadaan macam ni bertambah teruk kalau individu tersebut berpeluh. Bau peluh yang masam bercampur dengan deodorant menghasilkan bau yang pergh!! Memang boleh bau dua tiga batu jauhnya..Bau kepam dan tengik ketiak kadangkala sangat menganggu tumpuan kita. 


Tapi jangan risau, tarik nafas dalam-dalam dan hembus..Sebab, hari ni saya nak kongsikan beberapa petua yang korang boleh amalkan untuk menghilangkan bau badan secara tradisional. Selamat mencuba! 


Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  
Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dan tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan pada ketiak.



Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.



Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.



Ambil beberapa helai daun pucuk jambu batu dan tumbuk lumat. Kemudian gosokkan pada ketiak sebelum mandi.

Monday 10 November 2014

Set Penjagaan Rambut - ProSante Shaklee

Hai semua..

Lamanya tak bersiaran disini..Rindu nak menaip balik..Ok lah, kali ni nak berkongsi mengenai Set Shampoo Shaklee. Tak ramai yang tahu kan, Shaklee ada mengeluarkan set penjagaan rambut. Bak kata iklan apa tah, rambut ibarat mahkota wanita. Walaupun bertudung, penjagaan rambut jangan di ambil mudah tau. Kalau tak jaga atau rawat nanti lama-lama botak kepala uolls.

Jom kita tengok jenis-jenis Shampoo ProSante Shaklee :-


Nourising Scalp Treatment
  • Merupakan produk paling penting dalam sistem penjagaan rambut ProSante yang mengandungi Scalp Health Complex eksklusif Shaklee pada tahap yang paling tinggi.
  • Ia terbukti mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat malah melebat dan menguatkan rambut secara semulajadi.
  • Mengandungi vitamin antioksidan A & E dan juga koenzim Q10 melindungi kulit kepala anda dari kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum pada rambut
  • Formula tanpa bila memudahkan untuk digunakan
  • Tidak menjadikan rambut melekit dan berminyak

Revitalizing Shampoo
  • Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering



Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan tercemar dari persekitaran
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat malah menjadikan rambut bebas kelemumur..

     
Replenishing Conditioner
  • Pelembab yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protin dan humektan yang berasal dari alam semulajadi 



Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melebatkan rambut tanpa kesan melekit
  • Mengembalikan elemen struktur rambut supaya ia kelihatan lebat, sihat dan berkilat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

Long Lasting Finishing Spray
  • "Medium Hold" agar gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut kerinting halus dan rambut mudah kusut

Ini lah antara set penjagaan rambut yang Shaklee sediakan. Jadi, bagi sesiapa yang mengalami masalah rambut tu memang bagus pakai set ProSante ni. Takde masalah rambut pun boleh guna set ProSante ni sebab bahan-bahan yang digunakan adalah bebas bahan kimia.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Klik iklan ini tanda support :)