Thursday 17 April 2014

Punca & Petua Buang Angin Dalam Badan

Assalammualaikum..

Korang penah rasa badan masuk angin tak? Mesti asyik nak sendawa je kan. Bukan sendawa kenyang tp sendawa gas. Bila korang silap makan atau lambat makan, mesti badan akan masuk angin. Selepas itu, mulalah rasa perut tak selesa.




Antara Punca Badan Masuk Angin
Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  • Selalu menguap/mudah mengantuk.
  • Sukar bernafas/nafas pendek.
  • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
  • Kulit kering.
  • ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
  • Perut berangin.
  • Sakit kepala/migraine.
  • Perasaan mudah marah.
  • Hilang selera makan.
  • Hilang/kurang nafsu seks
  • Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.
Makanan yang mengakibatkan angin dalam badan adalah seperti :
 
1) Kacang
2) Sayuran seperti brokoli
3) Kobis
4) Taugeh
5) Bawang
6) Asparagus
7) Buah-buahan seperti pear, epal dan peach
8) Bijiran seperti roti gandum
9) Minuman ringan dan jus buah
10) Susu dan produk daripada susu dan keju
11) Makanan dalam paket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijiran dan sos salad.
12) Keledek


Jadi kalau boleh elakkan makan makanan yang berangin ni ye..terutamanya bagi ibu yang berpantang. Lepas pantang boleh la makan.
 
Antara petua yang korang boleh guna untuk menghilangkan angin dalam badan ialah :-
  • Makan bawang putih
  • Makan campuran serbuk bunga cengkih bersama-sama lada hitam
  • Makan halia

Atau................kalau nak senang lagi, telan je PEPPERMINT GINGER PLUS.


Mempunyai 4 gabungan herba yang berkhasiat iaitu daun pudina, cekur manis,halia dan adas (fennal). Jadi ia dapat membantu untuk :- 
  • Melegakan senak perut
  • Membantu penghadaman
  • Mabuk laut/darat
  • Melegakan sakit cirit birit dan gastrik
  • Melegakan sakit period
  • Membuang angin dalam perut
  • Menyamankan perut
Sebotol cuma berharga RM47.70. Tunggu apa lagi, daripada susah2 nak bancuh air halia atau nak makan bawang putih banyak2, baik telan je peppermint ginger plus ni. Hehe..


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Wednesday 16 April 2014

Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee


Akhir-akhir ini, ramai kaum wanita yang menjalankan perniagaan secara online terutamanya bagi golongan suri rumah. Kaum ibu yang berkerja turut tidak terkecuali dalam hal ini atas alasan untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu suami dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Lambakan pelbagai jenis peluang perniagaan atas talian membuatkan ramai wanita tertarik untuk mencuba samada menjual produk-produk kesihatan, pakaian, aksesori dll. 


Saya mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan online pada tahun lepas. Selepas berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian pada bayi yang baru lahir, saya juga mahukan pendapatan sendiri. Kebetulan semasa pantang bersalin, saya menggunakan produk kesihatan Shaklee dan telah menjadi ahli jadi kenapa tidak saya gunakan peluang ini untuk menjana pendapatan sendiri. 

Perniagaan bersama Shaklee ni saya rasa konsepnya mudah. Kita tak perlu nak menyimpan stok yang banyak ataupun mengeluarkan modal yang besar untuk membeli barang. Cuma keluarkan RM75 untuk yuran pendaftaran. Itupun untuk seumur hidup keahlian. Lepas tu dah boleh mulakan perniagaan dengan Shaklee. Kalau malas nak pergi pejabat pos untuk pos barang, Shaklee boleh poskan. Dalam zaman teknologi ni semuanya di hujung jari. Cuma klik aje..dan yang paling penting sekali adalah memilih group dan upline yang betul. Yang betul-betul boleh membantu kita untuk memajukan diri dalam perniagaan ni. Iaitu mentor yang boleh "touch & follow" bukan "touch & go".

Alhamdulillah sejak mengenali Shaklee, pendapatan saya sudah pun mencapai 4 angka setiap bulan. Walaupun saya hanya seorang suri rumah, saya masih mampu menjana pendapatan sendiri. Saya boleh menguruskan anak-anak dan rumah tangga dengan lebih baik berbanding dulu. Waktu kerja yang flexible. Sambil masak pun boleh berbisnes. Saranan saya kepada wanita khususnya suri rumah, rebut peluang yang ada. Cuba majukan diri sendiri. Trust me, WAHM adalah sesuatu yang sangat seronok.



Pada yang berminat tu boleh la menghubungi saya untuk keterangan lanjut.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Wednesday 9 April 2014

Pengedar Shaklee Kulim

Assalammualaikum..

Ni nak bagitau pada pengguna tegar vitamin Shaklee yang berada di kawasan Kulim, korang boleh dapatkan vitamin Shaklee dengan saya. Sebab apa? sebab boleh jimatkan wang pos dan masa menunggu..Bukan apa, kadang-kadang pos laju ni ambik masa 2 3hari baru sampai..Lagipun boleh cash on delivery. Boleh face-to-face..Senang nak tanya soalan atau nak consult nanti. Kalau ada yang nak join ahli pun saya boleh uruskan. 



Kalau korang nak, korang boleh call/sma je saya..Penghantaran terus ke depan pintu rumah korang atau nak ambik sendiri pun boleh..Kalau tak nak hantar kat rumah, nak jumpa kat mana-mana pun no problem. Kat KULIM LANDMARK ke, kat TESCO KULIM ke, kat Mc'D ke..Korang set je tempat dan masa. Insyaallah saya akan hantar..

Jadi, untuk pengguna tegar Shaklee atau pun baru nak cuba produk Shaklee yang tinggal di Kulim dan sewaktu dengannya, boleh lah menghubungi saya.. I will give the best service kat u olls.



PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Monday 7 April 2014

Beli Vitamin Shaklee dengan Harga Ahli

Sekarang ni produk Shaklee tengah laku macam pisang goreng panas. Ramai yang nak cuba kebaikan produk ni samada untuk diri sendiri atau pun nak bagi kat ibu bapa. Tapi dari apa yang saya dengar la, ramai jugak yang kata Shaklee ni mahal. Tak mampu nak beli..Sebenarnya produk Shaklee ni tak la mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan produk kesihatan dan kecantikan lain yang ada di pasaran sekarang. Lagipun kebanyakan produk Shaklee untuk penggunaan lebih daripada sebulan. Contohnya Vitamin C tahan sampai 6 bulan. Harga sebotol cuma RM92.50..Berbaloi kan?? Kalau nak murah lagi pun boleh..tapi kena la mendaftar jadi ahli dulu.

Sebab apa kena jadi ahli baru boleh dapat harga murah? Opkos la diknon, takkan nak bagi harga ahli pada orang yang bukan ahli. Tak adil la macam tu..Daripada korang nak survey harga dari sorang sid ke sorang sid lain, apa kata korang join je jadi ahli. Senang cerita. Dah tentu dah dapat harga ahli dan lagi murah dari harga retail. Takkan tak nak kot kan?? Kalau tetiba terbeli banyak, mana tau korang boleh dapat cash bonus dari Shaklee. Lagiiiiiiiii untung..hehe..boleh beli lagi banyak vitamin.

Cerita panjang-panjang pun buat penat jari saya je nak menaip kan..meh sini nak bagitau cara nak join ahli Shaklee. Ada dua cara yang mudah kalau korang nak join ahli Shaklee :-

Cara 1 : Bayar yuran ahli sebanyak rm75 (semenanjung) atau rm85 (sabah/sarawak)
Yuran ni untuk seumur hidup. Tak perlu renew dah. Dah register nanti akan dapat no id, starter kit Shaklee (info produk, senarai harga, info bisnes). Penjimatan sebanyak 12% - 21% daripada harga retail.


Cara 2 : Beli barangan Shaklee berjumlah lebih kurang rm650 ke atas (bersamaan 200uv) layak dapat keahlian secara PERCUMA. Diulangi...secara PERCUMA ye sayang sayang sekalian..Dah la dapat jadi ahli percuma, bulan berikutnya dapat pulak cash bonus. Wow..Taknak ke u ollss..


Korang cuma perlu bagitau kat saya, nanti saya akan daftarkan kat korang. Dapat je no id, dah boleh masuk dalam sistem online Shaklee dan dah boleh bershopping vitamin. As easy as pie..


Ada jugak yang tanya saya, kalau minat nak buat bisnes dengan Shaklee ni, apa yang shaklee tawarkan? Yes, soalan yang sangat bagus ye kawan-kawan.. 

Kalau tiba-tiba korang terasa macam teringin nak berbisnes dengan Shaklee, Shaklee menawarkan 3C untuk anda. 


C yang pertama. CASH BONUS..kalau korang dapat hits 150uv ke atas, shaklee akan bayar bonus kat korang. kalau lagi banyak uv yang korang dapat kumpul, lagi banyak bonus yang shaklee akan bagi. (5% - 21% daripada jumlah jualan bulanan). Tapi pastikan 150uv keatas tu dikumpul dalam 1 bulan iaitu dari 1hb hingga 30hb setiap bulan.


C yang kedua. CAR BONUS. Korang berpeluang dapat Car bonus kalau memenuhi syarat-syarat yang diberi. Bukan bagi kereta tau. Tapi bagi duit, dan dengan duit tu terpulang la korang nak beli kereta atau nak simpan.


C yang ketiga. CONVENTION BONUS. Korang berpeluang dapat percutian bertaraf 5 Star dan 100% ditaja oleh Shaklee

Last but not least, kalau korang mendaftar dengan saya, jangan risau...saya masih akan memberi free consultation pada korang, contohnya cara pengambilan supplemen yang betul dan tips-tips kesihatan yang lain. So, tunggu apa lagi. Jadilah pengguna yang bijak. Mendaftar sekarang untuk menikmati harga yang lebih menjimatkan.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Saturday 5 April 2014

Kebaikan Ostematrix Shaklee

Memandangkan bulan April ni bulan promo Ostematrix, saya nak ceritakan serba sedikit kebaikan ostematrix pada anda semua. Ostematrix ni bukan sekadar Kalsium tau, tapi gabungan Magnesium dan juga vitamin D.

Fungsi utama kalsium adalah penting dalam pembentukan tulang dan gigi kita. Seiring dengan peningkatan usia, keperluan kalsium dalam badan pun meningkat juga. Dan jika tubuh kita kekurangan kalsium, ia boleh menyebabkan pertumbuhan tulang terganggu dan mengalami osteoporosis. 

Nak tahu tanda-tanda orang yang kekurangan kalsium? Mereka ni seringkali merasa sakit-sakit pinggang, kaki kejang, badan lenguh-lenguh dan gigi reput. Tak cantik la kan kalau tak ada gigi.  Oleh sebab itu, selalunya orang lebih suka memilih susu untuk memenuhi keperluan kalsium mereka. (sebab ramai yang ingat kalsium ada dalam susu je..) TAPI...................



Setengah orang tak suka minum susu. So, macam mana dia nak memastikan yang dia mendapat kalsium yang cukup untuk keperluan badan dia?

Cadangan saya, anda bolehlah mengambil ostematrix kerana sebiji ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari.


Selain daripada tu, Ostematrix turut mengandungi Magnesium. Apa pulak fungsi magnesium ni? Magnesium berfungsi untuk mengelakkan kekejangan dan keletihan otot, dan mengurangkan senggugut.

Vitamin D dalam ostematrix pula membantu kalsium untuk penyerapan yang lebih baik. Kalau tak cukup vitamin D dalam badan, kalsium akan ditarik daripada rangka sedia ada.Oleh itu, gabungan kalsium dan vitamin D ni sangat penting untuk mengelakkan osteoporosis atau tulang rapuh.

Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah :-


  • Ibu menyusu/mengandung
  • Individu bekerja yang selalu keletihan
  • Warga emas
  • Wanita yang mengalami masalah PMS
  • Mereka yang sering mengalami kekejangan otot
  • Mereka yang tidak suka minum susu
  • Individu yang mementingkan kesihatan tulang 
Untuk promosi bulan April, dengan membeli 6 botol ostematrix, anda akan mendapat sebotol secara percuma. BUY 6 FREE 1!! Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni untuk memborong untuk diri sendiri atau hadiahkan pada ibu bapa tersayang.

Berminat nak mencuba Ostematrix ataupun ada sebarang pertanyaan mengenai produk ini bolehlah :-



PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Thursday 3 April 2014

Macam Mana Nak Jadi Ahli Shaklee

Assalammualaikum...

Kebelakangan ni ramai yang bertanyakan macam mana nak jadi ahli Shaklee. Mahal ke yuran pendaftaran? Nak kena renew tiap-tiap tahun ke? Nak kena buat bisnes ke baru boleh jadi ahli? macam-macam soalan lagi lah yang org tanya. Pheww...Meh sini saya nak terangkan cara-cara nak jadi ahli Shaklee secara ringkas dan kelebihan menjadi ahli Shakle.


Cara Pertama : Yuran Keahlian sebanyak RM75 (Semenanjung Malaysia) / RM85 (Sabah/Sarawak)

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian ataupun walk-in di branch berdekatan anda. Kalau pergi sendiri di branch tak perlu bayar kos pos, jadi cuma bayar RM65 sahaja untuk pendaftaran.

Apa yang anda dapat lepas bayar yuran ahli ni?

Selepas pendaftaran dibuat, anda akan diberi no id Shaklee, Starter Kit yang mengandungi katalog, senarai harga, panduan produk, dan sistem bisnes. (bagi sesiapa yang berminat nak buat bisnes la. Kalau taknak pun xpe).

Dah dapat no id, boleh la anda membeli barangan Shaklee secara online atau pergi di branch berdekatan dengan rumah anda. Senang bukan? Dah boleh jimat di situ..

Cara Kedua : Keahlian Percuma dengan Membeli Barangan bernilai lebih kurang RM650 (200uv) dalam satu resit.
  
Dengan setiap pembelian barang Shaklee minimum RM650 dan ke atas iaitu 200 points, anda secara automatik dapat menjadi ahli Shaklee untuk seumur hidup. Anda bukan sahaja dapat jimat yuran keahlian yang berharga RM75/RM85 tu, anda juga akan dapat 'cash bonus' pada 15hb pada bulan berikutnya. Kalau dikira-kira, dah jimat lebih kurang RM100.

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee
  • Anda akan menikmati harga ahli yang lebih murah berbanding harga pasaran. Penjimatan sebanyak sehingga 33%. Siapa yang taknak harga murah kan?
  • Berpeluang mendapatan pulangan bonus sebanyak 5% ~ 21% daripada jumlah belian bulanan.
  • Berpeluang menjana pendapatan sampingan bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan Shaklee
Bagi sesiapa yang  berminat untuk memulakan bisnes dengan Shaklee, anda berpeluang untuk dapat 3 bonus utama shaklee iaitu :-
  
Cash Bonus
Anda akan mendapat bonus bulanan yang akan masuk direct ke dalam akaun bank anda.


Car Bonus
Shaklee akan bagi duit untuk anda membeli kereta idaman anda. Jadi terpulang pada anda samada nak beli atau nak simpan je duit tu.



Convention Bonus
Percutian/Umrah bertaraf 5 bintang akan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.



Jadi apa tunggu lagi?? Berminat nak join ahli Shaklee samada nak makan sendiri atau pun berbisnes??



PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Tuesday 1 April 2014

Kejang Kaki Semasa Hamil

Kejang kaki atau ‘cramp’ adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menyakitkan bila cramp ini berlaku pada waktu malam. (kadangkala terpaksa mengejutkan suami utk membantu). Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. So don’t worry ok..Jom kita lihat apa yang boleh menyebabkan ibu hamil sering mengalami ‘cramp’.



Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagi anda yang tak suka minum susu tu, jom cuba Ostematrix Shaklee. Kerana Ostematrix Shaklee membekalkan :-
  • 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


Kita tengok testimoni customer yang berjaya dan berpuas hati selepas mengambil Ostematrix Shaklee.




Sebotol Ostematrix Shaklee hanya berharga RM61 (120biji). Kalau nak lagi murah, jom mendaftar sebagai ahli. Yuran cuma RM75 untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi..


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


Klik iklan ini tanda support :)