Assalamualaikum.
Saya pasti ramai ibu hamil dan berpantang akan mengalami masalah sembelit. Tahu tak apa tu sembelit? Sembelit tu bila kita rasa susah sangat nak membuang air besar. Kadang-kadang
sampai berjam-jam melepak dalam toilet. Hehe..Sembelit adalah masalah biasa
semasa hamil dan juga dalam pantang. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita
hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit. Ini diakibatkan
oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan
kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat
awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui
salur penghadaman anda.
Jadi,
antara langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan sembelit ialah cuba biasakan
diri pergi ke tandas pada kali pertama kita rasa mahu membuang air besar. Waktu
awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa yang sesuai
untuk ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian.
Kaedah lain yang boleh membantu mengatasi sembelit adalah dengan awasi diet kita semasa berpantang. Pastikan minum air secukupnya dan lakukan senaman. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Janganlah terlalu berpantang dengan tidak mengambil langsung sayur-sayuran atau buah-buahan. (orang dulu2 tak bagi minum air banyak nanti kembung).
Selain
itu, minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari. Kurangkan
pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit. Makan makanan
seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan
sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.
Anda juga dinasihatkan minum banyak air atau jus buah sekurang-kurangnya lapan gelas
sehari. Jus prun juga boleh membantu. Lakukan aktiviti seperti biasa. Sembelit
bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita selepas bersalin, tetapi
jika ia berlarutan, maklumkan kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit boleh
menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi
boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir
biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.
Buasir
atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di
bahagian rektum dan dubur. Apabila
vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya
membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan
tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena
meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran
apabila membuang air besar.
Proses
rawatan yang boleh dilakukan untuk peringkat awal adalah pemberian ubat
melembutkan najis.
Antara
supplemen yang dicadangkan untuk masalah sembelit ialah :
Omega Guard -Mengecutkan otot dubur yang bengkak akibat hentaman kuat najis
Ostematrix - mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar
Zinc - Menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.
PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement / Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement / Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com
No comments:
Post a Comment