Ramadhan 2014

Tuesday 1 July 2014

Ramadhan 2014

Assalammualaikum..

1st July - 3rd Ramadhan - 1.15am

Lama dah tak meng'update' apa-apa kat blog ni. Mana tak nya..tuan tanah asik bizi je memanjang..alasan je tu..eheheh

Harini dah masuk bulan baru. Bulan Julai 2014..rasa mcm baru ja celebrate new year, tup tup dah masuk bulan 7..Akhir zaman ni mmg rasa masa tu singkat sangat...Harini jgk hari ke-3 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak..Alhamdulillah, diri ni masih lg bertenaga untuk berpuasa walaupun menyusukan anak. Last year pun alhamdulillah tak ada masalah. Azam ramadhan kali ni nak beribadat banyak2..Anggap la ini ramadhan kita yang terakhir. Mana tau kot-kot thn depan tak sempat nak berpuasa lg..huhuhu

Di bulan puasa ni kalau nak kekal cergas dan bertenaga, korang jangan lupa minum air secukupnya tau..sekurang-kurang 2 gelas semasa bersahur. Tak la badan kita terhidrasi nanti. Selain dari tu boleh jugak minum minuman isotonik utk mengekalkan bendalir dalam badan.Takut nanti kalau kurang minum air, tetiba je korang terpengsan pulak kat tengah jalan. Sapa yang nak angkat?? Seelok-eloknya kita ikut je cara Rasullullah semasa bersahur. Makan kurma dan susu aje..yang penting jangan skip sahur ye..sbb apa? sebab... yang membezakan puasa org islam dgn org bukan islam ialah dengan BERSAHUR.

Itu je lah setakat ni..mata pun dah ngantuk..anak pun dah merengek-rengek nak susu, so i wish u all semua selamat berpuasa dan bersahur lagi beberapa jam..Jangan terbabas sudah la.. (satgi sahur makan gulai batang pisang masa berbuka td ja. Malas nak masak.)

No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)