Masalah Migrain

Wednesday 6 November 2013

Masalah Migrain

Sakit kepala?? Pernahkah anda mengalami masalah sakit kepala dalam kadar yang terlampau kerap??Apakah itu sakit kepala??


Sebenarnya, sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher. Beberapa kawasan di kepala dan leher mempunyai struktur sensitif, iaitu cranium (periosteum tengkorak), otot, saraf, arteri dan vena, tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membrane mukus.




MIGRAIN??

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Kira-kira 12% daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid.



Jenis-jenis Migrain:


Terdapat beberapa jenis migrain yang dilaporkan termasuk:


Migrain dengan Aura - migrain jenis ini datang dengan aura tertentu yang mungkin melibatkan penglihatan, pendengaran, halusinasi, rasa yang tidak sedap atau bau. 


Migrain tanpa Aura - migrain jenis biasa tanpa diikuti aura
Migrain Retinal - migrain disertai dengan masalah penglihatan 

 

Apakah Gejala Migrain???


  • Loya dan muntah-muntah
  • Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif (fotofobia).
  • Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. 
  • Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
  • Badan berpeluh
  • Kepala terasa pening







Apa yang menyebabkan MIGRAIN?

Antara sebab-sebab migraine adalah:
  1. Alahan kepada sesuatu
  2. Cahaya yang cerah, bunyi kuat / bising dan bau tertentu
  3. Tekanan fizikal atau emosi
  4. Perubahan dalam waktu tidur
  5. Merokok atau terhidu asap rokok
  6. Tidak mengambil makanan (tak makan)
  7. Pengambilan alkohol
  8. Simptom Pra-haid dan menopouse
  9. Ketegangan sakit kepala
  10. Makanan yang mengandungi tyramine, monosodium glutamat (MSG), atau nitrat.
  11. Cuaca

Cadangan supplement untuk masalah migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex



Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


PENGEDAR SHAKLEE KULIM / PARIT BUNTAR / LUNAS / PADANG SERAI
SMS/Whatsapp: 011-10781377
Facebook: Nurul Ashikin Othman
FB Page: Arissa Vitamin & Supplement /
Pengedar Vitamin Kulim (COD)
Email: ash_alpha1617@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

Klik iklan ini tanda support :)